SLDB, DFSB tandatangan MoU bina kilang baja teknologi nano

544

KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Diversatech Fertilizer Sdn Bhd (DFSB) untuk pembinaan kilang baja-nano (Nanofertilizer) berteknologi tinggi. yang seumpamanya di Malaysia.

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman itu telah disempurnakan oleh Pengurus Besar SLDB, YBhg. Tuan Syaheddrul R Joddari dan Ketua Pegawai Eksekutif DFSB, YBhg. Datuk Dr Muhammad Fairus Hussain yang turut disaksikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Bin Radin.dan Pengerusi SLDB, Datuk Abd Ghani Mohd Yassin.

Menurut Pengurus Besar SLDB, MoU itu merupakan salah satu perancangan Pelan Strategik Lembaga 2022-2026 untuk memastikan Lembaga terus kekal relevan dan berdayasaing dalam memastikan objektif membangunkan masyarakat luar bandar Sabah berasaskan pertanian dapat terus diperjuangkan melalui pembelian input pertanian seperti baja tanaman dapat diperolehi dengan harga yang berpatutan.

Di samping itu, ianya juga membuka ruang bagi Lembaga untuk mempelbagaikan aktiviti perniagaannya melalui penjualan baja tanaman kepada ladang-ladang dan petani-petani di negeri Sabah serta pasaran antarabangsa seperti Indonesia dan Filipina, katanya.

Beluau berkata kewujudan peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan Sabah juga merupakan faedah yang akan dikecapi semasa pelaksanaan kilang baja tersebut.

Pembinaan kilang baja itu sejajar dengan saranan Kerajaan Negeri melalui halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ) juga merupakan salah satu persediaan awal SLDB untuk menjadi agensi “Food Security” di Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif DFSB menyatakan, berdasarkan MoU, DFSB akan melaksanakan pembangunan kilang baja-nano ini secara bersama dengan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) di atas tanah milik Lembaga seluas 10 ekar di Silabukan, Lahad Datu, Sabah. Beliau juga berkata hubungan kerjasama yang erat ini dimulai dengan usahasama dalam bidang penyelidikan mengkaji keberkesanan produk baja premium ke atas tanaman sawit yang menggunakan Teknologi Nano keluaran Diversatech Fertilizer Sdn Bhd (DFSB) telah menunjukkan peningkatan hasil yang lebih tinggi berbanding amalan biasa. Selain itu baja teknologi nano ini juga di aplikasi hanya dua kali setahun serta efektif dalam mengurangkan serangan penyakit Ganoderma pada tanaman sawit muda.

Susulan daripada perkara berkenaan, pihak Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) dan Diversatech Fertilizer Sdn Bhd (DFSB) telah mendapat persetujuan usahasama untuk membangunkan kilang baja yang menggunakan Teknologi Nano ini untuk dijadikan sebagai Projek Perintis dan hub pertanian dalam memasarkan produk baja ini ke seluruh kepulauan Borneo seperti negeri Sabah, Sarawak dan eksport ke luar negara antaranya Indonesia, Brunei dan Filipina.

Bagi mencapai sasaran sekuriti makanan negara, di mana rakyat dapat mengakses makanan secara fizikal dan ekonomi serta mencukupi bagi kehidupan yang sihat dan mampan. Untuk tujuan ini, Sabah harus melangkah ke hadapan dengan mempunyai kilang baja yang moden dan dinamik bagi memenuhi keperluan baja bagi projek tanaman sawit, padi, getah, buah- buahan dan sayur-sayuran agar dapat terus memberikan hasil yang tinggi dan berkualiti bagi kegunaan dalam negeri dan eksport.

Mengenai Diversatech Fertilizer Sdn Bhd (DFSB) Kumpulan Diversatech telah ditubuhkan pada 9 Disember 1998, memberi tumpuan kepada pengeluaran dan pembangunan baja teknologi tinggi untuk tanaman tropika. Dalam lebih daripada dua dekad perjalanan, ia telah menetapkan standard baru pencapaian korporat dengan mengeluarkan produk baja berkualiti yang konsisten dan boleh dipercayai.

Diversatech Fertilizer juga berkongsi kepakarannya mengenai cadangan baja berdasarkan analisis tanah dan daun. Pengetahuan yang luas dan semangat kakitangan saintifik, ditambah dengan pendekatan inovatif R&D, syarikat mampu memenuhi aspirasi pekebun, estet dan industri pertanian negara.