Ong Kim Swee mahu pemain Sabah FC konsisten, fokus dalam setiap perlawanan

KOTA KINABALU: Pemain Sabah FC perlu konsisten dan fokus dalam setiap perlawanan bagi mengekalkan prestasi yang menyaksikan dalam saingan Liga Super musim ini.

Advertisements

Ketua jurulatih pasukan Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata pasukan itu mampu meraih keputusan yang lebih baik sekiranya pemain lebih  memberikan tumpuan sepanjang 90 minit perlawanan.

Begitulah mesej jurulatih Sabah itu kepada para pemain skuad Sabah yang akan menentang pasukan Sarawak di Stadium Likas malam esok.

Bercakap kepada pemberita selepas sesi latihan di Padang SAFA, beliau berkata meskipun pada ketika ini Sarawak berada di tangga bawah Liga Super, namun Sabah tidak seharusnya terlalu yakin untuk meraih kemenangan.

Ong berharap momentum permainan pasukan Sabah yang baik dalam tiga perlawanan Kebelakangan ini dapat diteruskan dalam perlawanan esok.

Mengenai prestasi pemain muda yang diturunkan sebelum ini, beliau berharap mereka akan terus mempamerkan prestasi yang baik sekiranya diturunkan semula dalam perlawanan seterusnya.

“Saya berpuashati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pemain muda tetapi ia belum mencukupi lagi…mereka perlulah konsisten,” katanya.

Sabah kini berada di tangga kedua dengan 31 mata dibawah pasukan pendahulu Liga Super Johor Darul Tazim FC.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles