DAP Sandakan selar pembohongan Warisan

Oleh Pegawai Khas MP Sandakan merangkap Penyelaras DAP Sandakan, Tang Szu Ching

Advertisements

SANDAKAN: DAP Sandakan Mengutuk Sekeras-Kerasnya Kenyataan Wakil Warisan Yang Juga Pegawai Khas ADUN Elopura Merangkap Penyelaras Cina DUN Elopura, Wong Tshun Khee, Yang Bertujuan untuk Mengelirukan Rakyat

Kenyataan Parti Warisan oleh Pegawai Khas ADUN Elopura Merangkap Penyelaras Cina DUN Elopura, Wong Tshun Khee baru-baru ini terhadap DAP adalah sangat tidak berasas sama sekali. Pembohongan terang-terangan yang dilontarkan Wong Tshun Khee jelas bertujuan untuk mengelirukan rakyat bagi agenda politiknya sendiri. Amalan tidak beretika dan penipuan yang dilontarkan oleh ketua masyarakat Warisan seumpama ini juga harus dikecam sekeras-kerasnya.

Malah, adalah tidak susah untuk mendedahkan pembohongan bagi kenyataan Wong Tshun Kee, baru-baru ini. Sebagai contoh, beliau juga dengan niat jahat telah mendakwa apabila Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah, menggesa perbahasan di Dewan Rakyat baru-baru ini berhubung isu tuntutan Sulu, Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong tidak bangun untuk menyokong gesaan itu, malah Wong Thsun Kee juga menuduh Vivian berdiam diri hasil daripada menandatangani MoU dengan kerajaan persekutuan.

Tetapi jika anda melihat laman sesawang rasmi Parlimen dan menyemak rakaman video ketika sesi Parlimen pada 18 Julai, semua orang juga boleh dengan mudahnya melihat Vivian dan Ahli Parlimen-Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang lain berdiri kukuh bersama Munirah, dan membantah keputusan Speaker kerana tidak membenarkan usul itu dibahaskan di Dewan Rakyat.

Justeru, jika Wong Thsun Khee terpaksa mengada-adakan cerita dan menyebarkan pembohongan mengenai perkara yang secara jelas telah didokumentasikan dengan baik di Parlimen, maka tidak ada kredibiliti langsung pada keseluruhan kenyataannya mengenai DAP. Bagaimanakah kita boleh mempercayai seseorang yang melakukan pembohongan dan tanpa integriti seperti ini? Bagaimana kita boleh membiarkan watak atau personaliti yang menipu itu boleh menjadi pemimpin masyarakat yang mewakili parti politik tertentu?

Biar saya mengingatkan Wong Tshun Khee bahawa semua dana ahli Parlimen adalah peruntukan oleh kerajaan, di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri. Jika beliau mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan tentang bagaimana dana ini digunakan, saya amat menasihatkan beliau untuk meminta Ahli Parlimen Warisannya bertanyakan kepada Perdana Menteri di Dewan Rakyat untuk mendapatkan butiran penuh mengenai penggunaan dana ini, termasuk Ahli Parlimen daripada BN dan PN, berbanding hanya daripada terus mengada-adakan cerita di media untuk mengelirukan rakyat. Ini juga akan hanya membantu menggambarkan pendirian Warisan sebagai parti pembangkang dan bukannya parti yang menentang DAP atau PH sahaja.

Seterusnya, dakwaan Wong Tshun Khee berkenaan menggunakan dana Ahli Parlimen untuk membaiki lampu jalan juga hanya menunjukkan bahawa beliau sendiri sememangnya tidak tahu akan skop kerja pelbagai agensi kerajaan. Sebagai maklumat Wong Thsun Kee, kerajaan tempatan dan JKR juga mempunyai syarikat konsesi mereka sendiri mengenai penyelenggaraan lampu jalan dan jalan dimana kita juga tidak boleh melakukannya begitu sahaja tanpa mengambil risiko sebarang konflik kontrak. Justeru, persoalan sama, apabila ADUN Elopura mendapat dana pembiayaan daripada kerajaan sebelum ini, adakah beliau juga menggunakannya untuk membaiki jalan utama atau lampu jalan?

Sekali lagi, kami mengutuk sekeras-kerasnya pembohongan secara terang-terangan dan kenyataan yang mengelirukan oleh Wong Tshun Khee dan kami juga menuntut beliau agar segera menarik balik kenyataan fitnahnya itu. Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang selanjutnya terhadap penyebaran pembohongan dan penipuan tersebut sekiranya ianya tidak diperbetulkan dan terus mengelirukan rakyat.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles