Jangan jadikan insiden kemalangan di Jalan Lintas sebagai modal politik – Bung

Kenyataan media Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin

Advertisements

KOTA KINABALU: Terlebih dahulu saya dan bagi pihak Kementerian ingin merakamkan setinggi takziah dan amat dukacita bersedih ke atas musibah yang terjadi ke atas ahli keluarga mangsa kemalangan di Jalanraya Lintas baru-baru ini.

Perkara seumpama ini tidak boleh diambil ringan dan sentiasa perlu ditangani di tahap yang serius. Siasatan Polis masih berlangsung, di samping itu pihak Kementerian dan Jabatan Kerja Raya dengan Pegawai Polis telah pun mengunjungi tempat kejadian bersama- sama saya (Isnin, Jam 10.30 pagi) untuk menilai secara terus di lapangan.

Melihat keadaan tempat kejadian dan berdasarkan taklimat yang diberikan oleh agensi kepada saya menunjukkan kawasan terlibat adalah berkeadaan baik dengan kondisi jalan yang baru dan rata begitu juga dengan lampu jalan sekeliling yang berfungsi. Semua pihak yang hadir termasuk Kementerian dan Jabatan Kerjaraya dan pihak Polis adalah bersependapat dengan gambaran ini. Saya terkilan dengan kenyataan semberono daripada Wakil Rakyat Luyang merangkap Setiausaha DAP Sabah itu. Saya rasa, Wakil rakyat ini tanpa usul periksa (atau tidak tahu) telah merujuk lokasi jalan lain dan bukan lokasi di tempat kejadian. Saya cadangkan agar lain kali wakil rakyat ini perlu benar-benar pasti lokasi kemalangan sebelum membuat kenyataan. Saya juga boleh tolong tunjukkan lokasi tersebut sekiranya beliau tidak pasti lokasi kemalangan itu.

Seperti yang sudah termaklum, siasatan polis masih berlangsung dan pihak Kerajaan perihatin akan keperluan-keperluan baru. Kita perlu terima hakikat bahawa sebaik mana ciri-ciri keselamatan jalanraya samada rekabentuk atau apa juga ciri keselamatan lain, ia tidak akan menjamin keselamatan lebih-lebih lagi pemandu atau pengguna-pengguna jalanraya yang tidak bertanggungjawab dan kerap melanggar undang-undang seperti melangkaui had kelajuan secara ekstrim apatah lagi dalam keadaan hujan lebat.

Saya ingin menasihati YB Phoon untuk tidak sewenang-wenangnya “menangguk air yang keruh” dengan menggunakan insiden malang meragut nyawa seperti ini sebagai modal politik. Saya minta beliau lebih peka, bertanggungjawab dan lebih sensitif dalam berperanan sebagai YB pembangkang. Jangan sesekali mengambil kesempatan dalam kesempitan dan kesedihan orang lain!

Related Articles

253FansLike

Latest Articles