KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menyifatkan pembentangan Rang Undang Undang (RUU) Anti Lompat ataupun RUU Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 sebagai kejayaan besar MOU antara Pakatan Harapan dan Kerajaan.
Beliau yang juga anggota Parlimen Tuaran menegaskan bahawa tanpa MOU itu RUU Perlembagaan (Pindaan) tersebut tidak mungkin sampai ke tahap pembentangan.
“Apapun tuduhan dan keraguan pihak-pihak tertentu terutama sekali yg Cuba menanamkan kebencian terhadap MOU itu tetapi hari ini terbukti satu reformasi yang sangat besar,” katanya.
Madius berkata demikian ketika membahaskan RUU Anti Lompat di Dewan Rakyat hari ini.
Menurutnya pembentangan RUU itu merupakan satu permulaan political resetting bagi Malaysia.
“Mudah-mudahan selepas ini mereka yang ingin menjadi ahli kepada mana-mana parti politik akan menyemak wawasan, objektif, falsafah perjuangan mahupun dasar-dasar yang cuba diperkenalkan oleh parti berkenaan.
“Mudah-mudahan political resetting ini juga akan berjaya mengurangkan rasuah politik yang berleluasa sekarang ini,” katanya.
Dalam hal ini, Madius berkata rakyat Sabah pastinya bergembira kerana “pada suatu ketika dahulu Artikel 18 Perlembagaan Sabah telah di pinda untuk menangai hal tukar parti”.
“Namun oleh kerana Artikel itu bertentangan dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan makan akhirnya Artikel 18 itu telah di pinda untuk menidiakan klausa itu,” katanya.
Oleh itu Madius menggesa Kerajaan Sabah mengembalikan kalusa itu.