Salleh Kongsi Idea Tangani Isu Kenaikan Harga Barang

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak melontarkan idea bagi membantu menjayakan misi kerajaan untuk menyelesaikan isu kenaikan harga barang.

Advertisements

Beliau berpendapat kerajaan memang wajar memberikan keutamaan kepada usaha menangani masalah kenaikan harga barang agar ia tidak membebankan rakyat.

“Misalnya, kenaikan harga dedak menyumbang kepada kenaikan harga ayam.

“Namun kerajaan kini mengambil langkah mengapungkan harga barang keperluan tersebut demi rakyat. Ini merupakan langkah terbaik buat masa terdekat,” katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebook rasmi.

Berkongsi idea untuk mengatasi masalah itu dalam jangka masa panjang, Salleh berkata kenaikan harga dedak
boleh diatasi dengan program menanam jagung berskala besar.

“Petani dan pekebun setiap negeri boleh memperkasakan tanaman jagung sekaligus membantu negara untuk meningkatkan pengeluaran.

“Di Sabah misalnya, kita boleh perkasakan industri pertanian kerana mempunyai tanah yang luas dan iklim yang sesuai. Namun, banyak perkara perlu diteliti dari segi logistik, kos dan tenaga buruh untuk memastikan ia lancar,” katanya.

Beliau berkata beberapa pendekatan lain
boleh diambil bagi mengatasi kenaikan harga barang.

Ini termasuk membanteras aktiviti pencatutan dan monopoli. .

“Peraturan dan perundangan yang lebih kuat dan berkesan agar tiada salahguna kuasa berlaku,” katanya.

Selain itu, Salleh yang juga Adun Usukan berkata bantuan secara terus one off seperti yang diberikan oleh Perdana Menteri sebelum ini perlu berterusan dan bersasar.

“Hal ini sangat membantu kerana kos perbelanjaan bulanan rakyat dianggarkan meningkat dari RM100 hingga RM200 sebulan.

“Justeru, untuk menampung kos sara hidup yang meningkat bantuan tunai adalah penyelesaian yang paling cepat dan berkesan,” kata beliau.

Mengenai ekonomi, Salleh yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah mengingatkan agar negara tidak terlalu fokus kepada pasaran eksport kerana ‘ia merupakan faktor utama menyumbang kepada gaji rendah dan kebergantungan kepada tenaga pekerja asing’.

“Justeru, import dan eksport perlu seimbang. Laporan DOSM pada Mac lalu merekodkan prestasi eksport Malaysia mengekalkan pertumbuhan dua digit pada Februari 2022, iaitu meningkat 16.8 peratus kepada RM102.3 bilion, tahun ke tahun.

“Selari peningkatan eksport, import meningkat 18.4 peratus daripada RM69.7 bilion pada tahun sebelumnya kepada RM82.5 bilion.,” katanya.

Salleh yakin dengan polisi dan dasar yang sistematik dan kukuh, ekonomi akan terus berkembang.

“Negara juga akan makin pulih dan membangun. Yang penting ialah semua pihak saling bantu bekerjasama untuk membangunkan ekonomi negara,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles