Ewon Benedick – Pejuang Hak Rakyat Sabah Dalam Pembikinan

 

KOTA KINABALU: Peramah, sederhana dan seorang pemimpin muda yang mudah didampingi rakyat.

Advertisements

Lebih dari itu,  beliau merupakan antara pemimpin muda negeri ini yang benar-benar menonjol memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah tanpa mengira agama dan bangsa.

Apabila dicabar oleh bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh untuk membawa usul pembatalan Perjanjian Petronas di sidang Dewan Undangan Negeri Sabah minggu depan,  beliau secara spontan dan tegas menerima cabaran itu.

Begitulah reaksi bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah yang juga Adun Kadamaian Datuk Ewon Benedick apabila diajukan cabaran itu.

Jaminan yang dijanjikan oleh Ewon untuk mengemukakan usul itu memberi kelegaan kepada jutaan rakyat Sabah yang ingin melihat perjanjian Petronas itu dibatalkan.

“Kami menerima cabaran tersebut dan kami akan mengusulkan pembatalan Perjanjian Petronas pada sidang Dewan Undangan Negeri yang akan diadakan pada 18 hingga 21 Julai ini.

“Kami berpendapat bahawa semua undang-undang yang diluluskan di Parlimen yang berkaitan dengan hak-hak dan kepentingan-kepentingan Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 haruslah terlebih dahulu diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sebelum dikuatkuasakan.

“Jika ianya tidak diluluskan di DUN Sabah, maka akta tersebut seharusnya tidak boleh dikuatkuasakan di Sabah,” kata Ewon dalam kenyataan bersama Adun Luyang Phoong Jin Zhe baru-baru ini.

Seperti yang dijangka, semalam Ewon dan Phoong mengadakan kunjungan kepada Speaker DUN Sabah Datuk Kadzim Yahya bagi mengemukakan usul khas membatalkan Perjanjian Petronas, sekaligus menunjukkan kesungguhan dan komitmen mereka untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sabah.

“Inilah pemimpin yang kita mahu. Walaupun Ewon masih muda namun beliau telah memperlihatkan ketokohan dan ciri-ciri kepimpinan berjiwa rakyat.

“Saya melihat Ewon boleh pergi jauh dalam arena politik di negeri ini….tidak harianlah beliau amat disenangi dan disayangi rakyat khususnya di kawasan Kadamaian,” kata aktivis belia Erna Dominic.

Erna berharap semua wakil rakyat Sabah dapat memberi sokongan padu apabila usul berkenaan dibahaskan di sidang DUN nanti.

“Inilah masanya wakil-wakil rakyat Sabah bersatu dan mengetepikan fahaman politik bagi mengembalikan hak atau peratusan yang munasabah ke atas hasil minyak petrolium yang dicarigali di Sabah,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles