SK Malangang Baru pimpinan John Wayne lakar sejarah tersendiri arena ICT

 

TUARAN, Sekolah Kebangsaan Malangang Baru, Kiulu yang diterajui Guru Besar John Wayne Linggang melakar sejarah tersendiri apabila berjaya memenangi dua kategori sempena STEM FIESTA 2022 peringkat Negeri Sabah baru-baru ini.

STEM FIESTA yang bertujuan melahirkan generasi intelek dan inovatif melalui kemajuan Sains, ICT dan modal insan berkemahiran tinggi itu diadakan dari 5 April hingga 30 Jun secara online.

Program itu merupakan anjuran bersama Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah dan IPG Kampus Kent, Tuaran.

Menurut John Wayne, kejayaan itu diharap dapat menyuntik semangat dan motivasi untuk warga sekolah untuk lebih berjaya khususnya dalam merealisasikan peningkatan pencapaian STEM.

“Tahniah dan syabas kepada semua murid dan guru-guru yang bertungkus lumus menaik nama SK Malangang di persada pendidikan ICT,” katanya.

Sempena STEM FIESTA 2022, SK Malangang Baru, Kiulu telah meraih gelaran Johan dalam Pertandingan Inovasi Sekolah Rendah melalui adik Ashraf Farish Bin Aznal, Clarisa Edwin dan Shyron Oliviano Situn dibawah bimbingan Cikgu Rodymond G Omar dan Cikgu Roel Lunggi.

Bagi kategori STEM Talent Show Sekolah Rendah pula, SK Malangang Baru muncul Naib Johan melalui penyertaan adik Evan Earl Emmanoil dan Elden Mairon dengan Guru pembimbing Cikgu Aliciana T. Bangkuai dan Cikgu Norhidah Esin.

Turut memainkan peranan dalam STEM FIESTA itu ialah Penolong Kanan Pentadbiran sekolah itu, Cikgu Dalitah Madin yang merupakan Jurulatih Utama IBSE dan penceramah semasa STEM FIESTA dengan tajuk “Experimentation”.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles