Kenyataan Media Yang Dipertua USIA
Datuk Sapawi Ahmad
Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hakim Gulam Hassan
Timbalan Yang Dipertua USIA
Yang Berusaha
Naib-Naib Yang Dipertua USIA
Ahli-Ahli Majlis Tertinggi USIA
Rakan-rakan Media yang dihormati sekalian
1) Syukur Alhamdulillah, pada hari ini satu Mesyuarat Khas Ahli Majlis Tertinggi USIA telah diadakan, kira-kira 2 minggu selepas Pemilihan Barisan Kepimpinan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) iaitu sesi 2022-2024.
2) Dalam Mesyuarat Khas ini, saya telah membuat pengumuman tentang pelantikan seorang Timbalan Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua dan 14 Ahli Majlis Tertinggi USIA. Mana-mana jawatan Ahli Majlis Tertinggi yang belum diumumkan hari ini, akan saya maklumkan kemudian.
3) Pelantikan-pelantikan yang saya buat pada hari ini adalah selaras dengan Fasal 16(iii) Perlembagaan USIA.
4) Bagi Jawatan Timbalan Yang Dipertua
Datuk Haji Alipuddin P.Puyon
Naib Yang Dipertua
YB Samad Jamri
Ahli Majlis Tertinggi
1) Datuk Professor Madya Dr Haji Abdul Kadir
Haji Rosline
2) Datuk Dr Mingu Jumaan
3) Datuk Haji Norjeli Haji Dais
4) Datin Hajah Norlaila Haji Said
5) Dr Abdul Halim Juanis
6) Haji Abdul Rahman Tun Sakaran
7) OKK Jasni Eser
8) Ustaz Haji Pajudin Haji Nordin
9) Haji Harun Pata
10) Encik Mohd Reduan Datuk Aklee
11) Puan Hajah Nirma Habibi
12) Encik Sahari Amdan
13) Encik Rosly Roslan Asing
14) Haji Awang Hashim Awang Damit
l
5) Selain mengumumkan pelantikan jawatan-jawatan yang saya sebutkan tadi, saya juga membuat perubahan di dalam Pengurusan dan Pentadbiran USIA. Antara jawatan penting yang terlibat dalam perubahan ini adalah Setiausaha Agung USIA. Saya telah melantik seorang bekas Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Encik Iman Ali sebagai Setiausaha Agung baharu USIA. Beliau akan dibantu oleh Encik Zulhaimi Haji Asbi.
6) Untuk mengawal dan mengetuai Bahagian Kewangan USIA saya telah melantik melantik seorang bekas Pegawai Kanan Telekom Malaysia iaitu Haji Sainuri Yahmin sebagai Bendahari Agung USIA.
7) Saya juga telah telah mengumumkan pelantikan Datuk Haji Abdullah Hussin sebagai Ketua Penerangan USIA yang baharu. Semua pelantikan ini berkuatkuasa serta merta.
8) Adalah diharapkan dengan adanya Barisan Kepimpinan baharu USIA dan juga perubahan dalam Bahagian Pengurusan serta Pentadbiran, USIA akan lebih bersedia menghadapi kehendak dan aspirasi Ahli USIA dan umat Islam keseluruhannya.
9) Saya mahu semua Barisan Kepimpinan USIA dan Pihak Pengurusan baharu untuk bekerja BERSAMA saya demi mencapai Misi dan Visi saya untuk mengembalikan kegemilangan USIA, membugar serta mengilap imej USIA dan seterusnya memperkasa program-program dan kegiatan dakwah USIA. USIA mesti bergerak seiring dengan tuntutan semasa, iaitu era digitalisasi yang bergerak pantas merentasi seluruh dunia.
10) Untuk makluman, selain Barisan Kepimpinan dan Pengurusan, USIA juga mempunyai Jawatankuasa-jawatankuasa untuk membantu memperkasa serta mengerakkan bidang-bidang tertentu seperti Ekonomi, Kewangan, Dakwah, Pendidikan, Kebajikan, Penerangan dan aspek perundangan. Saya sedang mengkaji fungsi serta peranan Jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan untuk menjadikannya lebih efektif dan berdaya saing. Saya akan mengumumkan Pengerusi bagi setiap Jawatankuasa berkenaan dalam masa terdekat.
11) Saya mengucapkan setinggi penghargaan kepada Barisan Kepimpinan sebelum ini yang diketua oleh Datuk Haji Sairin Haji Karno dan Pihak Pengurusan yang dipimpin oleh Datuk Haji Hamzah Datuk Haji Mohd Zakaria.
12) Saya sedia menjawab sekiranya ada soalan yang hendak di tanya. Terima kasih.
