Teka teki siapa dalang projek IC terus jadi bualan ramai

 

Oleh Ketua Pemuda Upko Penampang Billy Joe Dominic

Advertisements

KOTA KINABALU: Perbalahan antara PBS DAN UMNO-BN mengenai PROJEK IC Di Sabah telah mencetuskan teka teki siapa dalang sebenar projek itu.

Terdahulu Presiden PBS DS Maximus Menuduh salah satu komponen parti BN memberikan kad pengenalan kepada PTI untuk mendapatkan undi.

Najib razak bekas perdana menteri membalas tuduhan itu dengan mendedahkan Tun Dr Mahathir bekas presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia merupakan dalang projek ic melalui hantaran di halaman facebook milikinya.

DS Najib Razak juga mendedahkan bahawa beliau telah melantik Mantan Presiden PBS TS Joseph Pairin Kitingan untuk mengetuai jawatan kuasa Teknikal pendatang asing di Sabah. Laporan jawatan kuasa ini tidak pernah di keluarkan, DS Najib dan DS Pairin perlu beritahu rakyat, apakah tindakan yang di ambil oleh jawatan kuasa itu untuk menangani projek IC dan PTI di Sabah. Rakyat berhak untuk mengetahuinya.di manakah laporan jawatankuasa tersebut.

Sebelum RCI diadakan pada 2013, satu pendengaran Khas oleh Jawatakan kuasa pilihan khas parlimen mengenai intergriti telah diadakan pada 26 FEBUARI 2007, saksi utama pendengaran khas itu, Jabar khan turut mendedahkan nama bekas ketua menteri Sabah DS Musa Aman yang juga ahli UMNO sebagai salah seorang yang terlibat dalam projek IC. Kenapa perkara ini tidak pernah di siasat?

Semua pendedahan ini perlu disiasat, rakyat mahu tahu. Mereka yang terlibat mesti bertanggungjawab. ini adalah perbuatan khianat kepada kedaulatan negara.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles