J-KOM Nadi Perhubungan Antara Kerajaan dan rakyat – Bung

Oleh: Jaafar Abd Wahid

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin yakin Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dapat memainkan peranan serta fungsinya sebagai jambatan yang menjadi nadi perhubungan antara kerajaan dan rakyat.

Katanya ini sesuai dengan matlamat (J-KOM) bagi mewujudkan komunikasi dua hala antara kerajaan dan rakyat iaitu bagi menyampaikan maklumat kerajaan yang tepat, sahih dan bijaksana kepada rakyat, selain mendengar suara dan maklum balas daripada rakyat.

“Di zaman kemajuan teknologi maklumat ini kita tidak dapat lari dari pelbagai isu dan proganda yang dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab samaada dimedia sosial,protal dan media lain dalam talian yang sengaja memutarbalitkan fakta jika tidak dibendung ianya boleh merosakan pemikiran rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima kunjungan hormat dari rombongan J-KOM pusat di pejabat beliau pagi Jumaat.

Rombongan yang diketuai Ketua Pengaraj J-KOM Dato Dr Zuraidi Ishak itu turut disertai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Komunkasi komuniti Dr Al Azharri Siddiq Kamunri ,Pengarah Bahagian Sumber Manusia Arfizan Ramli ,Ketua Unit Perhubungan Awam Siti Mahmudah Sudiman dan Pegawai Khas Ketua pengarah/Pengarah Pendidikan JKOM Zulkifli Othman.

Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, kaedah yang digunakan J-KOM ialah dengan cara membangunkan komuniti, khususnya di peringkat akar umbi, yang mengamalkan budaya ilmu, berkemahiran digital dan menghayati makna dan fokus patriotisme dengan menggunakan pendekatan ‘penghakupayaan komuniti’,”

“Selain menyalurkan maklumat dari kerajaan kepada rakyat, kita juga berharap J-KOM dapat menyampaikan maklumat dari akar umbi mengenai isu semasa terutama dalam aspek pembangunan dan kebajikan rakyat,” tambah Bung.

Bung juga memaklumkan dari taklimat ringkas yang disampaikan oleh Ketua pengarah semasa perjumpaan tersebut fungsi J-KOM berbeza dengan Jabatan Penerangan (JPEN)

Katanya, fungsi J-KOM juga tidak bersifat bertindih dengan agensi lain di bawah KKMM seperti Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang mempunyai kumpulan sasar, pendekatan program dan aktiviti berlainan.

Bung juga menangkis dakwaan pihak pembangkang yang J-KOM sebagai ejen penyebar propaganda dipergunakan untuk kepentingan politik.

“Ini hanya persepsi mereka (pembangkang) perlu diingat Ketua Pengarah timbalan serta pegawainya yang lain bukanlah dilantik dari kalangan orang poiitik, proses lantikan pengikut Jabatan Perkhidamatan Awam (JPA) ia dikombinasi golongan profesional dan pegawai takbir yany baik dan bersahsiah tinggi,” jelas Bung.

Semasa perjumpaan tersebut, Ketua Pengarah J-KOM Dato Dr Zuraidi Ishak memaklumkan J-KOM akan membuka pejabatnya di Sabah yang mana keutamaan diberikan kepada anak anak Sabah yang berkalayakan sebagai Pengarah selain menempatkan pegawai- pegawai J-KOM di seluruh daerah mengikut kawasan Parlimen.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles