Adakah pendekatan Warisan Terus kritik rakan pembangkang PH memakan diri ?

KOTA KINABALU:  Tindak tanduk para pemimpin Parti Warisan Sabah (Warisan) yang kerap mengkritik Pakatan Harapan {PH) kebelakangan ini  dikatakan boleh mengundang padah buat parti itu dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) yang akan datang.

Ramai Pemerhati politik berpendapat kerusi-kerusi parlimen yang diwakili MP Warisan sekarang, termasuk Sepanggar, Kota Belud, Batu Sapi (kerusi kosong) dan Penampang mungkin boleh terlepas ke tangan parti lain, hanya gara-gara “over confident” sehingga tidak memberi ruang kepada kerjasama blok pembangkang di negeri ini.

Terdapat juga pemerhati politik yang optimis Warisan tidak akan bergerak solo atau sendirian dalam berdepan PRU-15.

Bagaimanapun, Naib Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick berkata beliau kuatir  dengan trend kenyataan-kenyataan pemimpin Warisan yang semakin kerap mengkritik PH.

“Saya memerhati rakan rakan dalam Warisan kini banyak mengkritik PH kerana menandatangani MOU di peringkat ahli-ahli Parlimen.

“Pada saya kerjasama itu (pembangkang) semakin sukar kerana kenyataan-kenyataan yang dibuat. Saya kuatir, yang memerlukan sokongan ini….dan Warisan juga memerlukan sokongan dengan ahli-ahli UPKO, PKR dan DAP, ” katanya di sini hari ini.

Menurut Ewon yang juga bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri semasa kerajaan terdahulu, beberapa kawasan yang “mereka bertanding menjadi ahli parlimen sekarang ini, sukar sangat untuk mereka mempertahankan kerusi tersebut dengan kenyataan-kenyataan seumpama itu”.

“Jadi pada saya mungkin kenyataan mereka itu boleh menyebabkan mereka kehilangan sendiri kawasan.

“Saya pun tertanya tanya kenapa Warisan sudah jauh berubah,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles