Amalan Budaya warisan turun temurun perlu didokumentasikan – Jahid

TAMPARULI: Amalan budaya yang menjadi warisan sejak turun-temurun perlu didokumentasikan, agar menjadi bahan sejarah dan kekal menjadi amalan masyarakat.

Advertisements

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata, apa sahaja amalan yang diwarisi dari nenek moyang perlu dilestarikan atau dibukukan sebagai rujukan kepada generasi yang akan datang.

“Alangkah baiknya jika acara-acara amalan tersebut dapat dikaji, dan dijaga keasliannya tanpa diubahsuai,” kata Jahid.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Monginomulok dan Manantan Kampung Rongolis 2022 anjuran Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Rongolis, di Hidden Splitgill Cafe (HSC), Kampung Rongolis.

Turut hadir Pengerusi JPKK Kampung Rongolis, Wilfred Wahit, Ketua Kampung Rongolis, KK Normin Sidau, Pegawai Tadbir Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Daerah Kecil Tamparuli, Suffian Kundu, dan Pegawai Khas (Hal Ehwal Agama Islam), Joslan Apak, Setiausaha Parti Bersatu Sabah (PBS) Tamparuli, Welson Lian, dan pemilik HSC, Jaffrin Singkod.

Katanya, kerajaan negeri amat menyokong amalan seumpama itu yang mempunyai nilai sejarah yang tersendiri.

“Bagi pihak kerajaan negeri, saya mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur dan kita memberi sokongan sepenuhnya usaha bagi menghidupkan semula amalan-amalan yang menjadi warisan kita ini agar tidak hilang ditelan zaman,” katanya.

Jahid yang juga Wakil Rakyat Tamparuli, berkata, program yang terhenti sekian lama itu boleh menjadi sejarah dan panduan, malah Kampung Rongolis sendiri boleh menjadi contoh kepada masyarakat lain kelak.

“Ini merupakan satu medium yang boleh mempertemukan dan mempersatukan masyarakat, mempunyai kualiti dan nilai sejarahnya yang tersendiri, jadi kita harus berasa bangga,” katanya.

Antara pengisian program tersebut adalah memakan ‘Sinantanan’ dan pertandingan lagu-lagu tradisi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles