Pelancaran GRS esok beri keyakinan kepada rakyat Sabah bahawa kerajaan kukuh

KOTA KINABALU: Pelancaran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diadakan esok diyakini memberi keyakinan kepada rakyat Sabah bahawa kerajaan yang dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor kukuh.

Advertisements

Presiden Gerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Datuk Fadli Fathullah berkata, rakyat Sabah akan lebih yakin dengan GRS untuk terus mentadbir negeri ini menerusi gabungan daripada part tempatan Sabah.

“Ini akan menambah baik serta mengukuhkan kerajaan di negeri ini supaya terus dipercayai mampu membangunkan ekonomi rakyat Sabah.

“Selain itu, kebajikan rakyat Sabah juga akan terus diambil berat demi membantu rakyat Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya lagi, dengan pelancaran itu juga akan mewujudkan satu impak yang baik dan sokongan yang lebih padi daripada rakyat di negeri ini.

“NGO sabah akan terus komited memberikan sokongan penuh kepada kerajaan hari ini yang ditadbir oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dalam mentadbir negeri ini dengan baik,” katanya.

Terdahulu, GRS akan dilancarkan esok di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) selepas gabungan itu didaftarkan secara rasmi pada Mac lalu.

GRS kini terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Bersatu Sabah (SAPP), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).

Related Articles

253FansLike

Latest Articles