Penantian Lama Penduduk Kampung Nantabakan Mukim Dalit berakhir – Ucap Terima Kasih kepada Ellron

SOOK: Penantian lebih satu dekad buat ratusan penduduk Kampung Nantabakan Mukim Dalit berakhir selepas tanah yang mereka usahakan selama ini diiktiraf dan diwartakan oleh kerajaan negeri sebagai sebuah kampung.

Advertisements

Rata-rata penduduk kampung berkenaan menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri, khususnya Menteri Belia dan Sukan Sabah yang juga ADUN Sook Datuk Ellron Angin yang banyak membantu merealisasikan impian mereka.

Semalam, Ellron menyempurnakan majlis pewartaan kampung berkenaan.

Dalam ucapannya, beliau berkata pihaknya melalui UPPM N45 Sook akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan sebarang keperluan, permasalahan dan isu pembangunan yang dihadapi oleh masyarakat DUN Sook dapat dipenuhi.

“Misalnya, kejayaan hari ini iaitu mendapatkan pengiktirafan daripada kerajaan negeri untuk mewartakan Kampung Nantabakan hasil daripada kerjasama daripada semua pihak iaitu penduduk kampung dan agensi kerajaan iaitu Safoda,” katanya.

Pengerusi JPKK Kg. Nantabakan Kaat Sairup berkata beliau amat berterima kasih dengan usaha dan keprihatinan wakil rakyat Sook dalam memastikan pewartaan Kampung Nantabakan menjadi realiti.

“Inilah pemimpin yang seharusnya kita pertahankan, tanpa usahasama daripada Datuk Ellron pewartaan kampung ini tidak akan tercapai,” tambah Kaat.

Difahamkan kelulusan itu membabitkan tapak perkampungan seluas 100 ekar serta kelulusan tanah adat seluas 2,200 ekar yang dipohon.

Hadir sama bagi meraikan berita gembira itu ialah Ketua Daerah Sook En. Risi Raimon, Setiausuaha Politik YBDEA Tn. Jre Jreneus Pagut, PPM Sook Tn. Tony Talasoi serta beberapa pemimpin masyarakat dan penduduk kampung Nantabakan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles