Jahid Terima Kunjungan Petronas Sabah

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, menerima kunjungan PETRONAS Sabah dan Labuan di Bilik Mesyuarat Blok A, KPLBS hari ini.

Sepanjang kunjungan tersebut telah diadakan sesi perbincangan mengenai cadangan program tanggungjawab sosial korporat oleh PETRONAS bagi menyediakan tenaga bersih melalui sistem solar panel di kawasan luar bandar yang akan dikenal pasti.

Dalam ucapan singkatnya, Jahid berharap kerjasama kedua-dua pihak itu akan memberi manfaat kepada rakyat negeri Sabah, khususnya masyarakat di kawasan luar bandar.

Rombongan PETRONAS diketuai oleh Ketua PETRONAS Sabah dan Labuan, Siti Ayu Abdul Wahab; Ketua Operasi PETRONAS Sabah dan Labuan, Komunikasi Strategik Kumpulan, Jasper J Diego, dan Pengurus Hal-Ehwal Awam dan Pentadbiran, Petronas Floating LNG1 (L) Ltd, Josephine Liew.

Turut hadir Pembantu Menteri, YB Samad Jambri, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS), Datuk Faimin Kamin, serta beberapa Pegawai Kanan KPLBS.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles