CIS Sumbang Kuih Raya Kepada Pasukan Keselamatan

431

 
KOTA KINABALU: Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd turut sama menjalankan tanggungjawab sosial korporat dengan menyumbang pek bungkusan kuih raya pasukan barisan hadapan.
 
Pengerusinya Datuk Japlin Akim telah menyerahkan 24 kotak sumbangan kuih hari raya kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor untuk pasukan keselamatan dan petugas kesihatan bernilai RM15,000 dalam satu majlis penyerahan di Menara Kinabalu pada Rabu.
 
Hadir sama Pengurus Sumber Manusia, Pentadbiran dan IT Ezrie Ag Raini.
 
Dalam majlis itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata setiap tahun kerajaan mengadakan majlis seperti ini sebagai mengenang jasa bakti dan menzahirkan penghargaan kepada semua anggota keselamatan sama ada yang bertugas di sempadan, darat, laut dan udara.

Beliau berkata pasukan keselamatan dan petugas kesihatan telah memainkan peranan penting untuk membantu negara merealisasikan visinya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang progresif dan Sabah sebuah negeri yang makmur.