Ketua Menteri terima kunjungan hormat pengarah baharu MKN Sabah, SDO

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat pengarah baharu Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah, Tuan Haji Noor Alam Khan A.Wahid Khan di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.
Noor Alam secara rasmi memulakan tugas baru di MKN pada 6 Mac 2022 lalu.
Sebelum ini beliau merupakan Pengarah Pembangunan Negeri Sabah (SDO). Beliau juga pernah menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).
Tempat Noor Alam di SDO kini disandang oleh Encik Samsul Dollah, yang turut mengadakan kunjungan hormat kepada Hajiji, hari ini.

Samsul yang berasal dari Tawau sebelum ini bertugas di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles