Masyarakat dipelawa sertai webinar, kupas isu dan penyelesaian jurang digital di Sabah

KOTA KINABALU: Masyarakat Sabah dipelawa untuk menyertai webinar anjuran Yayasan WISDOM bertajuk ‘Sabah, Merapatkan Jurang Digital: Penyelesaian Alternatif’ secara dalam talian esok.

Menurut kenyataan Yayasan WISDOM, webinar tersebut antara lain membincangkan jurang digital yang berlaku di negeri ini serta cadangan-cadangan penyelesaian yang boleh diambil.

“Sebanyak tiga ahli panel yang akan mengupas isu ini. Mereka ialah Pengarah Penyelidikan Northen Sky Research, Jose Del Rosario; Penganalisis Penyelidikan EMIR Research, Amanda Yeo Yan Yin; dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

“Webinar juga dianjurkan atas inisiatif kempen ‘Bah, Connect Lah’ (https://www.facebook.com/BahConnectLah) di bawah The Young Southeast Asian Leaders Initiative (YSEALI) Boot Camp 2021,” demikian menurut kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan, webinar selama satu jam 30 minit itu akan disiarkan secara langsung di Zoom dan facebook.

“Webinar akan bermula pukul 8.00 malam melalui facebook @BahConnectLah, @myWISDOMF dan @Madiustangau.

“Orang ramai khususnya warga Sabah dialu-alukan untuk memberi pandangan dan sumbangan idea bagi sama-sama menghasilkan cadangan kepada pihak berwajib untuk menyelesaikan isu ini.

“Bagi yang ingin mengikuti webinar melalui Zoom, mereka dikehendaki terlebih dahulu mendaftar di pautan https://bit.ly/WISDOMRSVP_BridgingSabahDigitalDivide sebelum diberikan pautan siaran langsung webiar Zoom.

“Peserta yang mengganggu sesi perbincangan dengan tingkah laku tidak sopan akan disingkirkan dan dihalang daripada menyertai aktiviti Yayasan WISDOM pada masa akan datang,” ujar kenyataan itu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles