Mositun Kekal Ketua Bahagian PBS Limbahau

PAPAR: Datuk Johnny MosItun kekal Ketua Bahagian PBS Limbahau selepas menang tanpa tanding pada mesyuarat Agung Tahunan PBS di sini baru-baru ini.

Perasmian mesyuarat perwakilan itu disempurnakan oleh timbalan presiden PBS Datuk Radin Malleh yang menyaksikan sebanyak 101 ahli baru, kebanyakannyq golongan orang Muda menyertai PBS bahagian Limbahau.

Dua cawangan baharu juga diwujudkan di Limbahau menjadikan 32 kesemuanya setakat ini.

Sementara itu, Mositun menyambut baik penyertaan ahli ahli muda ke parti berkenaan.

Beliau meminta penyokong agar mengimbas kembali perjuangan dan Penubuhan PBS sejak 1985 – 2022 yang menurutnya masih relevan.

“Kita juga ingin mengambil masa untuk merealisasikan perjuangan PBS di DUN LIMBAHAU melalui Pembentukan Kerajaan GRS pada 2020 dan terus relevan sebagai Gabungan Parti Sabah melalui berbagai Parti di bawah pimpinan YAB DSP Hajiji Hj.Mohd.Noor serta Kepimpinan PBS Diketuai oleh DSP Dr.Maximus Ongkili,” katanya.

Terdahulu, Mositun menyuarakan beberapa cadangan pembangunan di DUN Limbahau termasuk pembinaan Sekolah Menengah, Klinik Kesihatan, Balai Polis,Balai Bomba, Bangunan dibawah Kerajaan Negeri dan beberapa deret Kedai.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles