Ellron sampaikan berita baik cadangan Pewujudan Perbadanan Pinjaman Sabah di Sook

KENINGAU: Pejabat cawangan Perbadanan Pinjaman Sabah (PPS) yang memberi kemudahan kredit kepada peniaga kecil bumiputera bakal diwujudkan di Sook dalam masa terdekat.

Advertisements

Berita baik itu disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin yang bertanggungjawab mengesyorkan pewujudan cawangan PPS itu.

“Untuk memudahkan akses peminjaman sumber kewangan yang berdaftar terutamanya di kawasan Sook, dengan usaha saya serta kerjasama Perbadanan Sabah Credit(SCC), satu cawangan SCC bakal diwujudkan dan bakal memberi manfaat ratusan penjaja bumiputera di Sook,” katanya.

Ellron berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke 8 dan 9 bagi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Bumiputera Sook di Tamu Sook, pada Sabtu.

Mesyuarat itu dihadiri sekitar 120 orang ahli.

Sementara itu, beliau menggesa para peniaga bumiputera di negeri ini, termasuk di Sook supaya merebut peluang perniagaan sedia ada, termasuk kemudahan pinjaman atau insentif yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri dan Persekutuan.

Ellron yang juga ADUN Sook berkata langkah itu penting bagi mengembangkan perniagaan mereka.

“Rebutlah kemudahan kewangan seperti insentif dan pinjaman yang disediakan oleh pihak kerajaan,” katanya.

Ellron turut menyeru para peniaga kecil bumiputera agar tidak hanya menumpukan kepada satu-satu produk, sebaliknya mempelbagaikan perniagaan mereka, sekali gus membantu mengembangkan perniagaan.

“Saya berharap anda semua sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mempelbagaikan produk jualan anda, tidak hanya tertumpu kepada satu-satu, kerana dunia perniagaan hari ini adalah sengit dan peniaga dituntut untuk sentiasa kreatif dan inovatif dalam memenuhi keperluan semasa” katanya.

Pengerusi persatuan itu, Rusinin Rasiman menyambut baik cadangan penubuhan cawangan PPS di Sook.

Beliau berkata persatuan tersebut yang ditubuhkan pada tahun 2013 mempunyai keahlian berdaftar 252 orang manakala seramai 320 lesen penjaja telah dikeluarkan oleh Majlis Daerah Keningau.

Selain itu, beliau memaklumkan tapak menjaja di tamu Sook juga sudah penuh, sekali gus menyuburkan operasi perniagaan kecil-kecilan di situ.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles