FILEMS Sambut Baik Saranan KM Agar RTM Perbanyak Program Berkaitan Sabah

KOTA KINABALU, Persatuan-persatuan perfileman dan kreatif Sabah menyambut baik seruan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor agar RTM memperbanyakkan program berkaitan Sabah.
Presiden Persatuan Penggiat Perfileman Sabah (FILEMS) Datuk Deddy M.Borhan berkata, selama ini memang ada usaha yang dilakukan oleh penggiat-penggiat seni di Sabah agar diberikan ruang lebih besar untuk menampilkan karya mereka dalam stesyen RTM khususnya di siaran TV Okey tetapi hasil usaha tersebut akan berubah setiap kali apabila menteri bertanggungjawab bertukar.
Beliau berkata, dengan adanya perhatian daripada Kerajaan Sabah dibawah kepimpinan Datuk Haji Hajiji, diharapkan industri kreatif dan perfileman Sabah dapat terus berkembang selaras dengan hala tuju pembangunan Sabah Maju Jaya dalam keluarga Malaysia.
 
Presiden Persatuan Penerbit Filem dan Televisyen Sabah (PROFIT) Encik Norsahar Ahmad  mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah kerana mendengar rintihan penggiat-penggiat seni Sabah.
Beliau berkata, Sabah mempunyai pelbagai khazanah peninggalan daripada pelbagai etnik di Sabah yang belum didokumentasikan yang semakin ditelan zaman. Dengan adanya peluang atau tawaran dari RTM maka sudah tentu akan dapat menambahbaik pengisian terbitan kami.
Selaku Presiden PROFIT, beliau mencadangkan agar K-KOMM lebih tulus dan sudah tiba masa K-KOMM membuka tander pembekalan kandungan yang khusus untuk penerbit Sabah sahaja bagi menyahut seruan YAB Ketua Menteri, Datuk Hajiji Hj. Noor.
Seperti anda sedia maklum, pembekal-pembekal kandungan di Sabah kini semakin banyak dan mampu menghasilkan karya yang berkualiti yang bersesuaian dengan stesyen televisyen khususnya stesyen milik RTM, kata beliau lagi.
 
Presiden Persatuan Filem dan Video Kota Kinabalu (KKFVA), Encik Katak Chua turut melahirkan rasa syukur dan terima kepada Ketua Menteri Sabah diatas ucapan sempena Sambutan Hari RTM ke-76 Peringkat Negeri Sabah itu amat bertepatan dengan masa selaras dengan pembukaan sempadan untuk menarik lebih ramai pelancong dari luar negara.
Ahli-ahli kami dan pembekal-pembekal program TV di Sabah sudah bersedia untuk bersama-sama menyahut seruan Ketua Menteri untuk membekalkan program berkualiti dan berinformasi untuk memperkenalkan kecantikkan alam fauna serta kebudayaan etnik untuk menarik lebih ramai pelancong dari luar Sabah sekiranya diberikan lebih banyak peluang oleh stesyen penyiar tempatan seperti RTM.
Beliau berkata, kerancakkan penggambaran di Sabah akan dapat membantu penggiat-penggiat seni dibelakang tabir untuk menjana pendapatan dan juga ekonomi setempat seperti pembekal makanan, penginapan, pengangkutan dan banyak lagi akan turut mendapat faedah.
 
Persatuan perfileman dan kreatif di Sabah memberi respon positif apabila diminta mengulas  ucapan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, sempena Sambutan Hari RTM ke-76 Peringkat Negeri Sabah di lobi Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-Komm), Jumaat lepas. Teks ucapan Hajiji telah dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri II/ Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G.Kitingan

Related Articles

253FansLike

Latest Articles