ESSCOM sambut ulang tahun ke-9 kini semakin diyakini rakyat Sabah

LAHAD DATU: Selepas sembilan tahun, ESSCOM kini semakin diyakini rakyat Sabah.

Advertisements

ESSCOM yang bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan wilayah khususnya di pantai timur Sabah berjaya memastikan keselamatan, ketenteraman awam dan kesejahteraan rakyat berada dalam kondisi baik dan selamat.

Menurut Komander ESSCOM Eastern Command Hamzah Ahmad, ini adalah hasil penyelarasan operasi secara bersepadu dengan pasukan keselamatan, melibatkan Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

“Kerjasama serta komitmen semua pihak ini amat penting dalam usaha mengekang ancaman keselamatan yang dihadapi di ESSZONE, ” katanya.

Hamzah berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada majlis Perhimpunan Sempena Hari Ulang Tahun ESSCOM ke-9 di Dewan Serbaguna Markas Operasi Pasukan Polis Marin di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM Dr Jamaluddin Mohd Ali.

Beliau berkata antara kejayaan ESSCOM ialah menumpaskan sel-sel kumpulan Abu Sayaf di Sabah melalui beberapa siri operasi bersepadu khas.

Katanya kejayaan itu adalah hasil perkongsian maklumat perisikan dengan pasukan keselamatan Filipina.

Dalam hal ini, Hamzah berkata ESSCOM turut diberi penghargaan oleh Western Mindanao Command dan Angkatan Tentera Filipina berikutan kejayaan menumpaskan elemen kumpulan Abu Sayaf dan kerjasama perisikan.

Selain itu, beliau berkata ESSCOM juga merekodkan sifar insiden penculikan sejak tahun 2016.

Menurut Hamzah, ESSCOM turut membantu mengekang pergerakan keluar-masuk pendatang tanpa izin.

Katanya sepanjang tahun lepas sahaja, sejumlah 766,382 pemeriksaan fizikal telah dilaksanakan ke atas orang, kenderaan dan bot dalam operasi yang diselaraskan.

Hasil pemeriksaan itu, sebanyak 393 bot telah dirampas dan seramai 154 orang telah ditahan, katanya.

Di samping itu, seramai 1,407 PTI dan 119 bot telah dikenakan tindakan pengusiran.

Hamzah berkata pihaknya turut berdepan pelbagai cabaran dan sentiasa bersedia menghadai sebarang kemungkinan.

Ini termasuk pembukaan semula pintu sempadan, aktiviti pelancongan di pantai timur yang dijangka bertambah rancak dan pilihan raya Filipina yang menyaksikan banyak pergerakan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles