KOTA KINABALU: Yong Yit Jee, ahli Majlis Tertinggi Parti Maju Sabah (SAPP) merangkap peguam berkata bahawa Kerajaan mungkin terlepas masa terbaik untuk meluluskan undang-undang Anti-Lompat Parti dengan menangguhkan pembentangan Rang Undang-undang (RUU) dan Undang-undang Anti-Lompat Parti yang dimahukan oleh rakyat tidak akan dilaksanakan pada dekat masa hadapan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Kabinet memutuskan untuk menangguhkan pembentangan RUU Anti Lompat Parti dan Pengehadan Tempoh Jawatan Perdana Menteri (PM) daripada tarikh akhir awalnya pada 24.3.2022 kerana RUU ini masih memerlukan penelitian lanjut melalui sesi perbincangan dengan pihak berkepentingan lain, “khususnya” Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
“Sebenarnya, rakyat dan kebanyakan ahli politik benci lompat parti. Sama ada BN, PN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti politik pembangkang lain, kesemua mereka adalah mangsa lompat parti sejak empat tahun lalu. Semua ahli parlimen harus ingat perasaan dikhianati oleh sekutu dan rasa malu yang tidak dapat dipertahankan berdepan pengundi dan pemimpin akar umbi selepas bekas sekutu mereka “melompat””, katanya.
Pemimpin politik tidak boleh terbawa-bawa dengan kemenangan sementara kerana rakyat tidak berminat dengan cakap-cakap manis manifesto pilihan raya. Rakyat sebaliknya akan menggunakan standard yang lebih ketat terhadap pemimpin politik. Pada masa kini, sebarang kemenangan yang mengkhianati kehendak pengundi tidak akan bertahan lama. Rakyat juga akan ingat ahli politik mana yang menangguhkan RUU Anti-Lompat Parti dan tidak akan menyokong mereka.
Yong juga berkata selepas banyak ketidakstabilan politik di Malaysia, jarang sekali PM Dato’ Sri Ismail Sabri dan pembangkang PH duduk bersama, mencapai kata sepakat dan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU). Ahli politik perlu berfikir dari perspektif rakyat dan meluluskan undang-undang Anti-Lompat Parti secepat mungkin.
Bekas setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata bahawa PM akan juma dengan PH minggu ini untuk berbincang dan menjelaskan mengenai MoU itu dan berkata MoU itu akan ditamatkan jika ia tidak dibentangkan dan diluluskan seperti yang dijanjikan.
“Sekiranya MoU itu “ditamatkan”, maka pelaksanaan undang-undang Anti-Lompat Parti dan Pengehadan Tempoh Jawatan PM pada asasnya tidak dapat dilaksanakan pada dekat masa hadapan”, katanya.
“Apa yang rakyat mahu ialah ekonomi pulih secepat mungkin dan meringankan beban kos sara hidup mereka. Perang Ukraine-Rusia telah memburukkan lagi inflasi global, terutamanya di Sabah, di mana 80% adalah barangan diimport. Rakyat berharap negara ini lebih demokratik dan mencegah penyalahgunaan kuasa. Anti-Lompat Parti dan Pengehadan Tempoh Jawatan adalah satu langkah penting.
“Oleh itu, saya menggesa supaya kerajaan persekutuan membentangkan kedua-dua RUU ini secepat mungkin. Saya juga berharap agar kesemua ahli parlimen pembangkang akan bersama-sama menyokong RUU ini untuk mengurangkan ketidakstabilan politik di Malaysia,” katanya.