Istiadat Pembukaan Penggal Ke-3 DUN Sabah Ke-16

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Keenam Belas di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.
Istiadat pembukaan telah dilakukan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin yang turut menyampaikan Ucapan Dasar Kerajaan.
Istiadat pembukaan penggal ke-3 DUN turut dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan dan Datuk Dr. Joachim Gunsalam. Speaker DUN, Datuk Haji Kadzim Haji M. Yahya, ahli-ahli jemaah menteri dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri.

Advertisements


Persidangan ditangguhkan selepas istiadat pembukaan, dan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga DUN Sabah Keenam Belas akan diadakan pada Isnin hingga Khamis depan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles