Sabah Perlu Sistem Ramalan Kaji Cuaca Yang Canggih – Bung

Gambar Bawah — Banjir Kilat di Pekan Kudat Semalam

Advertisements

Oleh: Jaafar Abd Wahid

KUDAT: Kerajaan Negeri memerlukan satu sistem ramalan kaji cuaca yang sofistikated dengan kemampuan menyalurkan ramalan cuaca yang mempunyai ketepatan yang tinggi, dalam usaha mengurangkan kesan fenomena banjir, khususnya di kawasan yang sering terdedah kepada bencana banjir di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata dengan ketepatan ramalan dalam peratusan yang tinggi, maklumat yang diperoleh boleh disalurkan lebih awal kepada orang ramai sekaligus memberi ruang masa kepada mereka untuk bersiap-siaga menghadapi sebarang kemungkinan banjir di kawasan masing-masing.

“Jika kita memiliki sistem ramalan kaji cuaca yang lebih canggih dan efisin kita boleh bersedia lebih awal dan ini sudah tentu mampu mengurangkan impak kesan dari banjir yang berlaku selain dapat mengerakkan bantuan lebih awal kepada mangsa” katanya ketika ditemui selepas majlis penutupan Pemukiman Ahli-Ahli Dewan Undangan negeri GRS di sini kemarin.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Nor dan turut dihadiri oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Datuk Seri Panglima Dr Salleh Tun Said Keruak

Menurut Bung pengalaman berhadapan dengan bencana banjir secara tiba-tiba di beberapa buah negeri termasuk di Sabah baru-baru ini yang mengakibatkan kerugian besar perlu dijadikan pengajaran agar langkah langkah yang lebih proaktif dapat diambil segara sekiranya berlaku bencana mendadak.

“Kita akan cadangkan perkara ini kepada kerajaan Pusat untuk memohon peruntukan memandangkan Sabah juga berhadapan dengan rasiko banjir yang berlaku hampir setiap tahun,” katanya

Bung yang juga Menteri Kerja Raya menambah peralatan bantuan di pusat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di seluruh daerah juga perlu lengkap dan berada dalam keadaan yang baik agar bila berlaku bencana alam mendadak khususnya banjir dapat digerakkan segara bagi memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

Mengenai cadangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk didaftarkan sebagai sebuah parti Bung yang juga Ketua Umno Sabah berkata, ada kebaikan untuk penjenamaan GRS didaftarkan sebagai sebuah parti untuk kestabilan politik di negeri ini.

Katanya kestabilian politik amat penting bagi kerajaan merancang serta melaksanakan pelbagai projek pembangunan terutama untuk meningkatkan ekonomi negeri dan mensejahterakan kehidupan rakyat.

“Kita menerima baik cadangan ini bagaimanapun ianya akan diperincikan dalam satu mesyuarat sebagaimana yang dicadangkan oleh Ketua Men teri yang juga Pengerusi GRS ,” katanya

Related Articles

253FansLike

Latest Articles