USNO Sambut Baik Jaminan GRS Utuh

KOTA KINABALU: USNO mengalu-alukan kenyataan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor bahawa tidak berlaku pertelagahan antaranya dengan Datuk Bung Mokhtar dalam program GRS Backbenchers Club di Kudat Golf and Marina Resort.

Advertisements

Berita dan cerita keutuhan GRS seperti yang dinyatakan oleh Ketua Menteri Sabah merupakan satu berita yang sebahagian besar rakyat merasa lega kerana ia setidak-tidaknya merupakan jaminan bahawa tumpuan kepada aktiviti ekonomi membangunkan Sabah lebih fokus.

Perakuan kerjasama antara Datuk Hajiji dengan Datuk Bung kita amat alu-alukan demi melindungi mandat dan harapan rakyat yang diberikan kepada GRS.

Malah fakta bahawa ada kurang empat tahun sebelum pilihan raya diadakan semula perlu diberi tumpuan dan dimanfaatkan sepenuhnya untuk memberi khidmat terbaik untuk membawa kemajuan kepada rakyat dan Sabah.

Kita sudah terlalu lama terperangkap dalam kemelut politik tidak menentu dalam negeri ini. Oleh hal yang demikian, masa ini, kerajaan yang ada perlu menumpukan sokongan sepenuhnya bagi membawa agenda pembangunan mapan yang berterusan. Ini semua demi kepentingan negeri Sabah lebih lagi kepada rakyatnya.

Ujian kepada kerjasama dalam GRS ini ialah pemilihan calon yang mewakili GRS dalam PRK Bugaya yang akan diadakan nanti.

Rakyat sedang menunggu samada parti-parti utama dalam GRS seperti UMNO dan PPBM mampu membuat kata sepakat dalam menentukan calon daripada parti mana yang perlu bertanding pada PRK berkenaan.

USNO dengan ini berharap bahawa apa yang pemimpin tertinggi GRS ungkapkan di Kudat tersebut akan diterjemahkan kepada aktiviti pembangunan ekonomi dan meningkatkan taraf prasarana Sabah.

Hisham Ampongou Abdullah
Ketua Penerangan USNO Pusat

Related Articles

253FansLike

Latest Articles