Turun Padang Antara Ciri Penting Wakil Rakyat – Bung

Oleh: Jaafar Abd Wahid

Advertisements

KUDAT: Amalan turun padang, adalah antara empat ciri utama yang perlu ada pada setiap wakil rakyat bagi membolehkan mereka diterima secara menyeluruh oleh rakyat.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, seorang wakil rakyat perlu rajin turun padang untuk meninjau sendiri masalah rakyat di kawasan mereka.

“Jika ini menjadi budaya dan amalan setaip wakil rakyat jalinan hubungan kemesraan antara pemimpin dan rakyat di peringkat akar umbi akan terus kukuh menjadi asas kepada rakyat untuk terus menyokong pemimpin dan kerajaan” katanya ketika ditemui selepas mengtuai wakil -wakil dalam program gotong royong (CSR ) sempana Pemukiman,” Retreat Backbenhers” wakil wakil rakyat GRS di kampung Langung Ayang Kudat pada sabtu .

Sebanyak tiga kumpulan menyertai program tersebut masing-masing melaksanakan program gotong royong membaiki rumah seorang penduduk di kampung Langung Ayang,membaiki masjid di kampung Bahagia dan membaiki gelanggang sepak takraw di kampung Gumpa.

Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya program-program amal yang dilakukan ini selaras dengan apa yang selama ini ditekankan oleh kerajaan, selain merupakan salah satu prinsip utama yang ditekankan oleh Perdana Menteri melalui konsep Keluarga Malaysia.

Beliau berkata, konsep Keluarga Malaysua turut menekankan supaya pembangunan negara bersifat ‘inclusive’, iaitu tidak ada mana-mana rakyat yang akan disisihkan, ditinggalkan dan dipinggirkan daripada mendapat manfaat pembangunan dan pembaharuan yang akan diusahakan di negara ini.

Bagi menjayakan pembangunan ‘inclusive’ itu, bukan sahaja kerajaan perlu menentu dan melaksanakan program-program amal, tetapi wakil-wakil rakyat juga diharap dapat membantu mencapai objektif ini melalui aktiviti dan program yang dianjurkan

“Jadi melalui jaringan sosial seperti ini lebih ramai orang kurang upaya, golongan daif dan kurang upaya dapat dibantu, dan dengan ini pembangunan secara inclusive dapat dicapai,” katanya
.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles