JPKK diseru Sentiasa jaga kemudahan awam – Jahid

TAMPARULI: Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) diingatkan agar sentiasa menjaga kemudahan awam dengan baik, termasuklah kerusi meja untuk kegunaan bersama.

Advertisements

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata, masyarakat perlu bersama-sama menjaga kebersihan dan keselamatan segala fasiliti itu dengan baik seperti milik bersama.

“Justeru, adalah menjadi tanggung jawab kita bersama menjaga kemudahan-kemudahan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis singkat penyerahan sebanyak 150 kerusi, empat buah meja dan tambahan kelulusan dua buah khemah kepada JPKK Kampung Kauluan, dekat sini pada Ahad.

Katanya, jika dijaga dengan baik, tempoh penggunaan segala kemudahan yang ada sudah pasti lebih lama, dan memberi kebaikan kepada semua penduduk bagi menjalankan pelbagai aktiviti.

“Pentingnya kesedaran menjaga kemudahan awam ini diperkukuh, agar dapat digunakan dan dinikmati bersama sampai bila-bila,” tambahnya.

Sumbangan tersebut diterima oleh barisan kepimpinan JPKK Kampung Kauluan, diketuai Pengerusinya, Awang Ali H.

Turut hadir Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak, Penyelia Kemajuan Masyarakat (PKM), Boe Sindolun, Ketua Anak Negeri (KAN) Rony Sundang, dan Ketua Kampung, KK Lisad Unoh.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles