Satu Lagi Kluster Institusi Pendidikan di KK

KOTA KINABALU: Satu lagi kluster baharu direkodkan hari ini dikenali sebagai Kluster Lorong Api-Api – Kota Kinabalu merupakan kluster jenis institusi pendidikan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kes indeks merupakan lelaki tempatan, 18, pelajar di Almacrest International College Kota Kinabalu dan tinggal di asrama kediaman Api-Api Center.

“Kes indeks yang bergejala sejak 18 Januari 2022, didapati positif PCR Covid-19 pada 21 Januari 2022
dan telah dimasukkan ke PKRC untuk tujuan isolasi dan rawatan lanjut.

“Saringan terhadap 40 kontak rapat mendapati 25 lagi kes positif dan jumlah kumulatif adalah sebanyak 34 kes, manakala 6 lagi negatif.

“Semua pelajar yang positif dikategorikan sebagai bergejala ringan (Kategori 1 dan 2) dan telah dihantar ke pusat kuarantin dan diberikan rawatan yang sesuai,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles