Oleh: Jaafar Abdul Wahid
KOTA KINABALU: Pengurus Pasukan Bola Sepak Bawah 19 Tahun Sabah (U19) Jamawi Jaafar mahu pemain muda yang dipilih bagi membawa cabaran Sabah dalam saingan Piala U19 membuang perasaan gentar apabila berdepan dengan pemain yang memiliki reputasi lebih tinggi.
Beliau berkata,mereka perlu memanfaatkan peluang yang diberi dengan mempamerkan semangat juang tinggi dan membuktikan kemampuan masing-masing.
Katanya, keputusan menyenaraikan skuad muda bagi menghadapi saingan kali ini dibuat setelah beberapa penilaian dibuat oleh jurulatih dan pegawai-pegawai yang dilantik oleh SAFA yang memilih mereka berdasarkan bakat serta kemampuan mereka beraksi untuk beraksi dalam pasukan U19
“Jadi, saya fikir peluang yang ada ini jangan dipersia-siakan. semangat yang tinggi serta dispilin yang baik semasa menjalani latihan perlu menjadi amalan setiap pemain yang terpilih bagi membawa cabaran Sabah dalam saingan musim ini” katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan jurulatih dan para pemin U19 di sini baru baru ini .
Menurut Jamawi beliau bersama pihak pengurusan pasukan U19 akan menjaga kebajikan mereka (pemain) dan memikirkan cara bagaimana untuk menentukan perjalanan kerjaya mereka agar terus naik dan naik.
“ Saya yakin jika anda (pemain) memilih kerjaraya sebagai pemain bolasepak dengan latihan, displin serta semangat yang tinggi peluang untuk melangkah lebih jauh dalam bidang ini terbuka luas ini termasuklah diserapkan ke pasukan utama “ katanya.
Mengulas pelantikan beliau sebagai pengurus pasukan U19 Jamawi yang juga pengerusi SUDC berkata ianya merupakan tugas yang diamanahkan oleh presiden SAFA untuk dilaksanakan sebagai mungkin.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada Presiden SAFA Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin atas kepercayaan tersebut Jawami berharap dengan adanya sokongan dan kerjasama dari pegawai jurulatih dan pemain beliau yakin pasukan U19 akan mampu bersaing dengan pasukan lain dalam kejohanan musim ini.