Suspek Ada Kaitan Abu Sayyaf Mudzrimar “Masih Hidup ” – ESSCOM

LAHAD DATU: Orang yang dikehendaki Mudzrimar @ Mundi Sawadjaan yang sebelum ini dilaporkan mati dalam satu insiden di selatan Filipina pada bulan Mei tahun lepas, disahkan masih hidup.

Advertisements

Ketika mendedahkan perkara itu, Komander ESSCOM DCP Hamzah Ahmad berkata dapatan itu merupakan hasil
perkongsian maklumat perisikan antara ESSCOM dengan Joint Task Force Sulu (JTFS) dan Western Mindanao Command (J2 WESTMINCOM)

“Mudzrimar @ Mundi Sawadjaan disahkan masih hidup susulan beberapa siri pertempuran dan pertembungan pihak pasukan keselamatan Filipina dengan suspek sejak Julai 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata suspek kekal berada dalam senarai dikehendaki pihak berkuasa (Wanted List) bagi membantu siasatan dalam kes-kes jenayah rentas sempadan dan penculikan untuk mendapatkan wang tebusan di pantai timur Sabah (ESSZone).

Baru-baru ini, Hamzah dipetik sebagai berkata bahawa ESSCOM sedang memburu 20 individu dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes jenayah rentas sempadan dan penculikan untuk wang tebusan di kawasan itu.

Hamzah berkata tiga daripada lima individu baharu yang telah dimasukkan dalam senarai terkini itu ialah Ahadin Hussein, Ellam Sajirin @ Nasirin, Ismurah Jirah.

Katanya ketiga-tiga individu berkenaan disyaki berperanan sebagai keepers dan terlibat dalam kes penculikan di perairan Tambisan.

Individu keempat Madjid Said @ Ammah Pattit pula merupakan ketua paling senior Daulah Islamiah (DI) berpangkalan di Sulu dan berperanan sebagai komander ASG Sulu serta sub leader yang bakal menggantikan Hatib Hajan Sawadjaan.

Individu kelima ialah Mudzrimar @ Mundi Sawadjaan yang merupakan anak saudara kepada Hatib Hajan Sawadjaan dan sub leader dalam ASG, katanya.

Hamzah berkata Mudzrimar mempunyai kepakaran membuat bom serta perancang letupan bagi insiden di ‘The Our Lady Of Mount Carmel Cathedral Jolo’ pada 27 Januari 2020 dan insiden lain di Jolo pada 24 Ogos 2020.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles