Ambil tindakan tegas tarik lesen premis langgar SOP

KOTA KINABALU: Pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini diminta supaya mengambil tindakan tegas terhadap premis yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang ditetapkan.

Tindakan tegas itu termasuk menarik semula lesen premis jika didapati melakukan kesalahan yang berat.

Presiden Gerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Datuk Fadli Fathullah berkata, pihak majlis daerah diminta meneliti dan memantau setiap premis pusat hiburan yang melanggar SOP seperti yang ditetapkan termasuk beroperasi melebihi masa.

“Saya dimaklumkan beberapa kawasan di Penampang seperti kelab malam telah dibuka melebihi masa yang telah ditetapkan.

“Pihak majlis harus mengambil tindakan tegas terhadap premis-premis yang telah melanggar SOP yang ditetapkan dengan menarik semula lesen jika disabit kesalahan yang besar,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga diminta turut terus memantau keadaan semasa bagi memastikan setiap premis ditutup mengikut masa yang ditetapkan dalam SOP.

“Saya turut mengucapkan syabas kepada PDRM yang berjaya memberkas suspek kes bunuh di Penampang baru-baru ini namun dalam masa sama, polis juga harus memantau keadaan semasa bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles