GSSB Hulur Sumbangan RM100,000 kepada UMS

KOTA KINABALU: Syarikat peneraju bidang geologi dan geoteknikal di Malaysia – Geo Strata Sdn. Bhd. (GSSB),
menyalurkan dana berjumlah RM100,000 kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi membantu memperkasa penyelidikan ilmu geosains.

Advertisements

Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin berkata suntikan dana tersebut diharap dapat membantu menampung aktiviti kerjalapangan, kerja makmal mahupun pelajar-pelajar Pasca siswazah di UMS.

Beliau berkata pencapaian syarikat Geo Strata Sdn Bhd selama ini menunjukkan rekod yang baik dalam projek – projek yang dijalankan di Sabah, termasuk Projek Pemetaan Tanah Runtuh sekitar Kota Kinabalu dan juga projek disekitar Ranau – Kundasang Sabah.

Dr Taufiq berkata demikian dalam ucapannya sempena Program Kerjasama Strategik Penyelidikan antara Syarikat Geo Strata Sdn Bhd dan Fakulti Sains dan Sumber Alam, UMS di sini pada Isnin.

Teks ucapannya dibacakan Dekan Fakulti Sains dan Sumber Alam Prof. Dr. Jualang @ Azlan Gansau.

Dr Taufiq berkata projek penyelidikan tanah runtuh itu akan dijalankan dalam tempoh 2 tahun hingga 3 tahun di bawah empat sub-tajuk penyelidikan yang berkisar kepada analisis tanah runtuh
yang sering berlaku di sekitar Kundasang, Ranau dan Kota Belud.

Beberapa penyelidik UMS yang terdiri dari pensyarah-pensyarah Fakulti Sains dan Sumber Alam serta penyelidik dari syarikat Geo Strata Sdn Bhd terlibat dalam projek penyelidikan itu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles