Sabah Catat Kes Harian Covid-19 Terendah

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan jumlah kes harian terendah sejak 29 Jun lepas dengan hanya 197 kes baharu hari ini, 90 kes lebih rendah daripada catatan semalam.

Advertisements

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata beberapa daerah merekodkan penurunan kes baharu pada kadar yang agak besar.

“Kota Kinabalu turun 30 kes, Papar turun 20 kes, Ranau berkurangan 11 kes, Putatan turun 19 kes dan Tenom susut 7 kes.

“Bagaimanapun beberapa daerah lain mencatat kes harian yang lebih tinggi termasuk Tuaran yang menambah 17 kes (35) dan menjadi penyumbang tertinggi kes-ked baharu di Sabah hari ini.

“Kes-kes baharu di Kota Belud dan Penampang juga bertambah tetapi dalam jumlah yang kecil,” katanya dalam catatan terbaharu di media sosial.

Masidi berkata daerah yang tidak melaporkan sebarang kes baharu semakin bertambah.

“Hari ini lapan daerah mencatat sifar (0) kes dan 13 daerah mencatat jumlah kes baharu di bawah 10,” katanya,

Beliau berkata seramai 194 orang daripada 197 pesakit atau 98.48% kes yang dilaporkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, “tidak ada pesakit dalam Kategori 3 dan Kategori 5 dan seorang pesakit dalam Kategori 4”.

Dua kes lagi masih dalam penilaian lanjut JKNS, katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles