KOTA KINABALU: Satu kluster baharu dikesan di Sabah iaitu di Kampung Bakut, Tuaran yang membabitkan sebuah Institusi perguruan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata kes indeks ialah seorang pelajar wanita yang didapati positif
Covid.
“Saringan kesihatan dikalangan kontak rapat mendapati 26 orang lagi pelajar yang tinggal di asrama bersama indeks kes telah dijangkiti.
“Kesemua yang dijangkiti telah diasingkan dan diberikan rawatan yang sesuai,” katanya dalam hantaran terbaharu di media sosial.
Masidi berkata Sabah meneruskan trend peningkatan kes harian dengan mencatatkan peningkatan sebanyak 15 kes hari ini berbanding jumlah semalam.
Katanyab jumlah kes baharu Covid-18 du di negeri ini ialah 322 kes.*
“Daerah-daerah dalam kumpulan “Empat Serangkai” kembali mengungguli senarai daerah kes tertinggi.
“Tuaran mencatatkan kes tertinggi hari ini dengan 55 kes, Kota Kinabalu 53 kes, Ranau 34 kes dan Kota Belud 25 kes.
“Sebanyak 16 daerah merekodkan kes pada satu angka sahaja dan enam daripadanya merekodkan sifar kes,” katanya.
Masidi berkata secara perbandingan dua daerah mencatatkan peningkatan jumlah kes yang agak tinggi iaitu Tuaran dengan +21 kes dan Ranau sebanyak +14 kes.
Dua daerah mencatatkan penurunan agak besar iaitu Penampang dengan -17 kes dan Papar sebanyak -15, katanya.