Kontraktor Didenda RM36,000, Palsukan Dokumen Tender Bekal Makanan

KOTA KINABALU: Seorang Kontraktor didenda RM36,000 di Mahkamah Rasuah Khas di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan tender Perkhidmatan Membekal Makanan Bermasak lima tahun yang lepas.

Advertisements

Tertuduh, Adam Shah bin Mohammad, 44, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Hakim kemudiannya menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM12,000 bagi setiap pertuduhan dan boleh dipenjara selama empat bulan jika gagal membayar denda terbabit.

Adam Shah didakwa melakukan kesalahan itu pada 24 November 2016 dengan menggunakan dokumen palsu membabitkan penyata akaun bank sebuah syarikat yang masing-masing bertarikh 31 Julai, 31 Ogos dan 30 September 2016.

Dokumen itu digunakan bagi mendapatkan tender perkhidmatan membekal makanan bermasak ke Asrama Kolej Vokasional Tawau bagi tempoh 1 Mac 2017 hingga 28 Februari 2019.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 465 Kanun.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Norsham bin Saharom manakala tertuduh diwakili peguam Ram Singh.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles