Sabah Buka Pintu Kepada Semua Warganegara Malaysia Mulai Isnin – Masidi

 

KOTA KINABALU: Semua individu warganegara Malaysia yang telah lengkap divaksin dibenarkan masuk Sabah untuk lawatan sosial berkuatkuasa 1 November ini (Isnin).

Advertisements

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, bagi individu yang tidak boleh divaksin atas sebab kesihatan, mereka perlu mengemukakan laporan perubatan yang disahkan oleh pengamal perubatan berdaftar.

Beliau berkata, individu yang mahu memasuki Sabah wajib lengkap vaksinasi dan melakukan ujian saringan Covid-19 dengan keputusan negatif, tiga hari sebelum perjalanan.

“Kanak-kanak 12 hingga 18 tahun yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin juga dibenarkan masuk ke Sabah.

“Manakala kanak-kanak di bawah 12 tahun pula perlu ditemani oleh ibu bapa atau penjaga yang telah lengkap divaksin,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Masidi berkata, bagi pengembara domestik pelepasan kuarantin bagi individu yang berstatus lengkap divaksin apabila tiba di Sabah, keputusan negatif ujian Covid-19 dan disahkan oleh klinik atau makmal berdaftar dengan KKM.

“Sertakan bukti status lengkap divaksin semasa penilaian risiko di pintu masuk Sabah, sekiranya bergejala akan diarah untuk menjalani kuarantin wajib di rumah,” katanya.

Beliau berkata, bagi kanak-kanak dan remaja di bawah 12 tahun yang memasuki Sabah bersama penjaga yang telah lengkap vaksin dinasihatkan agar menjalankan pemantauan kendiri di rumah selama 10 hari.

“Arahan kuarantin selama 10 hari bagi individu yang belum divaksin atau belum lengkap divaksin, keputusan negatif ujian Covid dan sekiranya bergejala semasa penilaian risiko di pintu masuk akan diarahkan untuk menjalani ujian semula RT-PCR atau RTK-Ag,” katanya.

Masidi berkata, pengembara antarabangsa yang memasuki Sabah wajib lengkap divaksin dan wajib kuarantin selama 14 hari di rumah atau hotel kuarantin yang diwartakan.

“Sekiranya bergejala semasa penilaian risiko di pintu masuk akan diarahkan untuk menjalani ujian semula RT-PCR atau RTK-Ag.

“Pengecualian kuarantin bukan salah satu pilihan namun pengecualian kuarantin tertakluk kepada penilaian risiko dan kelulusan oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles