KOTA KINABALU: Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri James Jemut Masing dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 7.05 pagi tadi akibat komplikasi selepas disahkan positif Covid-19.
Menurut laporan awal Astro Awani, mendiang yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak dipercayai meninggal dunia di Normah Sarawak Medical Centre, Kuching.
Astro Awani melaporkan Masing sebelum ini telah dimasukkan ke wad unit rawatan rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak selepas disahkan positif COVID-19 pada 28 September lalu.
Mendiang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh.
Sumber – Astro Awani