Bung Ketuai Rombongan Umno Sabah Lakukan Tinjuan Awal Persediaan PRN Melaka

 

Oleh: Jaafar Abd Wahid .

Advertisements

MELAKA: Sempana Pilihanraya Negeri (PRN) Melaka yang akan diadakan pada 20 November depan ,Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga Ketua Umno Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin bersama rombongan UMNO Sabah turun padang bagi membuat tinjuan awal di beberapa buah tempat di Negeri yang bersejarah itu.

Bung yang Juga Timbalan Ketua Menteri Sabah bersama rombongan turut meninjau beberapa pusat daerah mengundi selain beramah mesra dengan golongan peniaga di beberapa lokasi di Melaka.

Sebagaimana yang telah dimaklumkan awal Umno Sabah akan menghantar jenteranya bagi membantu calon calon Umno Dan Barisan Nasional di beberapa buah pusat daerah mengundi yang akan ditetapkan untuk Umno Sabah menjaganya pada PRN Melaka kali ini.

“Umno Sabah akan menghantar jenteranya semasa PRN Melaka kali ini dan akan berkampung di sini dari hari penamaan calon masa berkempen dan dihari pengundian,” Katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjuan awal ke Melaka baru-baru ini.

Turut serta dalam tinjuan awal tersebut Setiausaha Eksekutif Umno Sabah Datuk Awang Asee Lakat,Penolong Setiausaha Umno Sabah Datuk Jumat Idris,Ketua Puteri Umno Sabah Datuk Dr.Fadilah Sabri dan beberapa orang Ketua Umno bahagian dari Sabah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles