KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Timbalan Ketua Menteri Sarawak dan presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Jemut Masing yang meninggal dunia hari ini.
“Takziah kepada keluarga mendiang. Saya mengenali mendiang secara peribadi dan beliau merupakan veteran politik yang amat disegani,” kata Salleh yang juga Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, dalam hantaran terbaharu di Facebook.
Sementara itu, BERNAMA melaporkan
beberapa pemimpin politik Sarawak memberikan penghormatan terakhir mereka kepada Masing dan mengambarkan beliau sebagai seorang pemimpin masyarakat Dayak yang berani dan sering membawakan isu rakyat.
Masing, 72, meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan Covid-19 di Pusat Perubatan Pakar Normah di sini, pagi tadi.
Adun Baleh lapan penggal sejak 1983 itu dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak selepas disahkan positif Covid-19 pada 28 September lalu.
Kemudian mendiang dipindah ke Pusat Perubatan Normah untuk rawatan lanjut.