Sabah perlukan bajet lebih besar untuk pembangunan – Bung

 

Oleh: Jaafar Abd Wahid

Advertisements

KOTA KINABALU: Peruntukan pembangunan infrastruktur untuk Sabah dalam Bajet 2022 perlu ditambah kepada antara 10 peratus hingga 15 peratus daripada jumlah yang diberikan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin (gambar ) , berkata RM5.2 bilion yang disediakan dalam bajet itu tidak mencukupi memandangkan Sabah berdepan banyak masalah infrastruktur.

Katanya, pelaksanaan program pembangunan infrastruktur berkaitan bekalan air, jalan raya, jambatan, dan elektrik memerlukan dana yang besar setiap tahun.

“Peruntukan untuk projek pembangunan di Sabah tidak mencukupi, sepatutnya lebih banyak diberikan iaitu 10 peratus hingga 15 peratus lebih tinggi daripada jumlah yang diberikan.

“Ini kerana banyak keperluan pembangunan air, jalan raya, jambatan dan elektrik yang masih diperlukan di kawasan luar bandar di negeri ini , lebih-lebih lagi saiz Sabah agak besar dengan akses bekalan air bersih dan jalanraya yang jauh ketinggalan berbanding dengan lain-lain negeri ,justeru sampai bila kita boleh menyelasaikan isu bekalan air ,jalan raya dan lain-lain di negeri ini dengan peruntukan yang tidak mencukupi untuk menanganinya ” katanya ketika diminta mengulas Bajet 2022 yang menyentuh peruntukan membabitkan Sabah.

Dalam pembentangan Bajet 2022 semalam, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan kenaikan peruntukan kepada RM5.2 bilion untuk pembangunan kemudahan asas, infrastruktur, air dan elektrik, selain kemudahan pendidikan serta kesihatan di Sabah pada tahun depan.

Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya negeri, berkata walaupun banyak projek dibiayai melalui bajet tahun depan, masih ada lagi yang perlu ditambah berdasarkan keperluan semasa di Sabah.

“Memang kita tidak nafikan kerajaan Pusat memberi keutamaan untuk melaksanakan projek mendesak seperti menaik taraf sekolah daif tetapi masih ada lagi yang perlu diberikan perhatian antaranya menambah bilangan sekolah menangah ini disebabkan kira kira 24 % sekolah di Sabah berjarak lebih kurang 9Km ke tempat kediaman sebebab itu kita memerlukan peruntukan yang lebih tinggi” katanya

Bung menambah dalam projek ketersambungan digital, ianya juga perlu ditambah dan dipercepatkan kerana jarak yang jauh antara sekolah dan rumah kediaman ,pelajar di kawasan luar bandar akan terus ketinggalan dari segi pembelajaran digital begitu juga rakyat di luar bandar akan terlepas dengan inisiatif-inisiatif ekonomi yang berteraskan digital sebagaimana yang diumumkan dalam bajet 2022

“Selain peruntukan RM5.2 bilion itu, Sabah turut diberi peruntukan untuk menaik taraf 112 sekolah daif di bawah peruntukan untuk sekolah daif seluruh negara yang berjumlah RM746 juta.

Sabah dan Sarawak turut diberikan peruntukan berjumlah RM1.5 bilion untuk pembangunan infrastruktur luar bandar pada tahun depan.

Sementara itu, Bung Moktar berkata kerajaan Pusat juga perlu memberi perhatian kepada usaha mempercepatkan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo.

Katanya, pemberian peruntukan berdasarkan pakej demi pakej dengan hanya satu atau dua pakej dilaksanakan setahun melambatkan penyiapan projek itu.

“Kita mahu projek Lebuhraya Pan Borneo ini dilaksanakan segera, bukan pakej demi pakej yang diberi peruntukan setiap tahun. Kalau hanya satu atau dua pakej diberikan setahun, berpuluh tahun pun belum siap lagi. Kejadian banjir lumpur yang semakin kerap berlaku dan kejadian kemalangan jalanraya ekoran pembinaan lebuhraya yang tergendala selama ini perlu diberikan perhatian agar projek lebuh raya Pan Borneo ini perlu disegarakan penyiapannya ” tegas Bung.

Menerusi bajet tahun depan, kerajaan Pusat menyediakan peruntukan untuk meneruskan pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur negara bernilai 3.5 bilion ringgit termasuk untuk pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo dan projek penting lain.

 

“Bajet pembangunan kali ini harus memberi pertimbangan yang lebih tinggi kepada Sabah bagi mengimbangi kemajuan yang dicapai oleh lain-lain negeri dan sekiranya bajet pembangunan ini tidak diberikan secukupnya ke Sabah,sudah tentu negeri ini akan terus berada dalam kelompok negeri termiskin” katanya.

Sehubungan dengan itu Bung yang juga Ahli Dewan Undangan negeri kawasan Lamag berharap kerajaan Pusat sewajarnya memberikan perhatian serta pertimbangan yang sewajarnya dalam agihan peruntukan untuk projek pembangunan yang lebih tinggi selaras dengan Perjanjain Malaysia 1963 (MA63)

 

Related Articles

253FansLike

Latest Articles