Warisan Terima Tamparan Hebat, Mohamaddin Ketapi Keluar Sokong GRS

 

KOTA KINABALU: Part Warisan Sabah (Warisan) menerima tamparan hebat apabila anggota Dewan Undangan Negeri Segama yang juga anggota Parlimen Lahad Datu Datuk Mohamaddin Ketapi hari ini bertindak keluar parti dan menyatakan sokongan kepada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Advertisements

Beliau berkata keputusan itu dibuat demi kesinambungan pembangunan di kawasan yang diwakilinya.

“Segama merupakan kerusi negeri dan jika kekal dalam pembangkang, Segama sukar untuk dibangunkan,” katanya pada sidang media di sini.

Bagaimanapun, Mohamaddin berkata beliau belum membuat keputusan berhubung kedudukannya di Dewan Rakyat tetapi mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas di peringkat Persekutuan.

Sebelum ini, dua Adun Warisan iaitu Adun Sebatik Hassan A Gani Pg Amir dan Adun Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob keluar parti dan mengisytiharkan diri mereka wakil rakyat bebas yang menyokong GRS.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles