Kes Covid-19 Di Sabah Naik Mendadak

 

KOTA KINABALU: Jumlah kes Covid-19 bagi negeri Sabah hari ini naik mendadak kepada 650 kes berbanding 589 kes pada Jumaat.

Advertisements

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata ini merupakan peningkatan yang agak besar 61 kes.

“Jumlah daerah yang mencatatkan penurunan dan peningkatan kes adalah sama iaitu masing-masing 13 dengan satu daerah lagi kekal sebagaimana catatan semalam.

“Kinabatangan dan Tawau, daerah-daerah Pantai Timur Sabah menunjukkan kawalan penularan virus Covid yang baik dengan jumlah jangkitan yang sedikit,” katanya dalam hantaran terbaharu di media sosial.

Masidi berkata bilangan daerah yang mencatatkan peningkatan ketara agak banyak ialah Tuaran dengan 49 kes, Kinabatangan (40 kes) , Beaufort (36 kes), Kota Belud (18 kes), Tawau (18 kes), Sandakan (11 kes) dan Putatan 10 kes.

Katanya daerah yang mencatatkan penurunan jumlah kes ialah Kudat -24 kes, Tenom -21 kes, Kota Kinabalu -19 kes, Tambunan -12 kes dan Lahad Datu -11 kes.

“Tidak ada kes lewat daftar keputusan ujian saringan Covid-19 melebihi 5 hari direkodkan hari ini.

“Sejumlah 392 kes atau 60.3% merupakan kes yang berlaku dan didaftar dalam tempoh 24 jam yang lalu,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles