Bina Lebih Banyak Rumah Mampu Milik – David

KOTA KINABALU: Persatuan Pengguna Bijak Sabah menyarankan supaya pemaju perumahan membina lebih banyak rumah milik di negeri ini.

Advertisements

Presidennya, David Chan berkata pemaju perumahan perlu lebih bertanggungjawab dengan tidak terlalu mengejar keuntungan semata-mata sebaliknya membantu kerajaan membina lebih banyak projek perumahan mampu milik demi manfaat rakyat.

Beliau berkata pihak pemaju perumahan juga disaran untuk membantu merealisasikan aspirasi kerajaan untuk memberi peluang kepada lebih ramai rakyat memiliki rumah sendiri.

“Pemain industri seperti pemaju perumahan juga seharusnya lebih peka dengan keadaan ekonomi semasa seterusnya memberi keutamaan dalam membina perumahan, premis perniagaan atau apa sahaja fasiliti bersesuaian yang bukan sahaja mampu dimiliki tetapi juga bermanfaat untuk rakyat.

“Kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk tujuan itu seperti rumah mampu milik melalui Lembaga Perumahan dan Perancang Bandar (LPBB),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas selepas kunjungan hormat kepada Pengerusi LPPB, Datuk Masiung Banah kelmarin (Isnin).

Jelas David lagi, selain menjalin kerjasama erat dengan pelbagai syarikat dan pemaju perumahan atau hartanah yang beroperasi di negeri ini, Persatuan itu juga menyokong pengumuman Masiung berkenaan hasrat untuk membina 10 ribu lebih banyak rumah mampu milik di negeri ini.

“Dalam situasi ekonomi yang sangat mencabar ketika ini, adalah lebih praktikal dan paling baik untuk pemaju perumahan memberi tumpuan kepada pembinaan rumah mampu milik berbanding skim perumahan mewah.

“Pastinya rakyat kita di luar sana masih ramai yang belum mampu memiliki kediaman kerana kos untuk membeli rumah adalah sangat mahal.

“Jika perumahan mampu milik dibina dengan lebih banyak, pasti ini satu berita baik dan diharapkan oleh ramai rakyat kita, khasnya di Sabah,” ujar David lagi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles