KETUA MENTERI TERIMA KUNJUNGAN MENTERI DI JPM

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor
menerima kunjungan hormat daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM)
(Parlimen dan Undang-Undang) Dato’ Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri
di JPM (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili
di kediaman rasminya di Sri Gaya, hari ini.
Hajiji berkata, pelbagai perkara melibatkan perundangan serta polisi telah dibincangkan dan ditelitikan dalam perjumpaan itu.
“Ini adalah bertujuan untuk memastikan sebarang perundangan dan polisi, tidak
bercanggah dengan perlembagaan sekaligus menjamin dan memelihara hak rakyat khususnya rakyat Sabah.
“Pihak kerajaan negeri akan sentiasa memastikan setiap polisi atau dasar yang
dipinda adalah atas dasar kesejahteraan rakyat terutamanya melibatkan ekonomi
negeri dan rakyat.
“Saya percaya dibawah kepimpinan baharu Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail
Sabri, agenda untuk mengembalikan hak-hak rakyat Sabah dan Sarawak
bukanlah omong kosong sebaliknya merupakan antara fokus utama kerajaan yang akan ditunaikan”, katanya.
Hadir sama ialah Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN), Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong dan Peguam Negeri, Datuk Nor Asiah Mohd.Yusof.

Advertisements

Related Articles

253FansLike

Latest Articles