300 Orang Hadir Sambutan Setahun Kerajaan GRS

KOTA KINABALU: Seramai 300 orang, termasuk pemimpin politik, menghadiri Sambutan Majlis Setahun Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama rakyat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu hari ini.


Majlis yang berlangsung secara sederhana dan ringkas itu juga boleh diikuti melalui platform media sosial iaitu Sabah Government Official Youtube bagi menjangkau seluruh rakyat Sabah untuk sama-sama menyemarakkan majlis ulang tahun pertama kerajaan GRS di negeri ini.

Sambutan Majlis itu dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi BERSATU Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Kerajaan GRS yang memerintah di negeri ini terdiri daripada Komponen-Komponen utama iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Barisan Nasional (BN), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Progresif Sabah (SAPP).

Antara acara yang akan diperagakan termasuklah Amanat oleh Ketua Menteri Sabah, Montaj Momento Imbasan Setahun Kerajaan GRS, Pelancaran Yayasan Kebajikan Sabah dan Pelancaran Polisi Amalan Baik Peraturan Negeri Sabah (GRP Sabah) 2021.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Haji Kadzim Haji M. Yahya, barisan menteri dan pembantu menteri Sabah dan barisan kepimpinan parti-parti komponen utama.

Dalam pada itu, majlis itu turut menekankan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuklah hanya mereka yang telah lengkap dua dos vaksin COVID-19 dibenarkan menghadiri majlis ini dan memakai pelitup separuh muka serta mengamalkan penjarakan fizikal.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles