Utamakan Pendidikan Demi Masa Depan – Mizmq

LAHAD DATU: Para ibu bapa diminta memberi keutamaan kepada aspek pendidikan anak-anak berbanding lain-lain urusan kehidupan, kata  Pemimpin Pembangunan Masyarakat Mizma Appehdullah.

Advertisements

Menurut beliau, oleh sebab itu, setiap ibu bapa mesti mempunyai kesedaran yang tinggi bahawa hanya dengan pendidikan, setiap orang mampu mengubah taraf hidup masing-masing.

Sehubungan itu juga katanya, setiap ibu bapa perlu membuat perancangan teliti dalam menyediakan keperluan pendidikan anak-anak baik dari segi sokongan kewangan dan moral.

“Pendidikan merupakan instrumen yang amat penting dalam memacu hala tuju kehidupan anak-anak kita kerana dengan pendidikan akan dapat membuka peluang yang cerah bagi mendapatkan pekerjaan seterusnya menjamin kehidupan masa akan datang.

“Saya juga sempat berpesan kepada para ibu bapa agar bijak menyusun atur dan merancang masa depan anak-anak. Jangan biarkan pendidikan anak-anak tanpa hala tuju.

“Perancangan yang baik terhadap setiap kegiatan anak masing-masing akan dapat mendorong mereka untuk mencapai setiap cita-cita yang diimpikan. Insya-Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas beramah mesra bakal pelajar yang mendapat tawaran ke peringkat IPTA di pejabat beliau kelmarin.

Jelasnya, ada ibu bapa tertekan apabila anak-anak mereka menerima tawaran ke IPTA kerana ada antara mereka ini yang kurang bernasib baik dari segi kewangan, namun tekad dan fokus mereka dalam mengejar ilmu pendidikan tidak pernah padam.

“Inilah semangat dan kesedaran yang kita mahu tumbuh dalam kalangan masyarakat kita. Setiap dari kita punya peranan dalam mewujudkan saling keprihatinan dan cakna keperluan masyarakat lainnya.

” Tidak cuma tanggungjawab dalam hal pendidikan anak anak ini terpikul di bahu ibu bapa dan guru guru sahaja. Ruang lingkup masyarakat yang besar pasti akan amat mendukung bagi membantu anak anak yang kurang berkemampuan dalam mengejar ilmu pendidikan selayaknya,” katanya.

Beliau berharap usaha kecil ini dapat membantu para pelajar ini dalam menuntut ilmu, mencapai kejayaan dalam pelajaran dan seterusnya mampu berbakti kepada kedua ibu bapa mereka serta negara ini satu masa nanti.

Untuk Dun Segama kira-kira 30 pelajar menerima sumbangan peribadi beliau.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles