Berikan “Autonomi Ekonomi” Kepada Sabah, Kata Salleh

KOTA KINABALU: Pengerusi Kelab Penyokong GRS, Datuk Seri Salleh Said Keruak percaya sudah tiba masa Sabah diberikan ‘Autonomi Ekonomi’.

Advertisements

Sehubungan, beliau menyeru kerajaan Persekutuan supaya mengurangkan birokrasi dan sebaliknya memberikan kerajaan Sabah kapasiti untuk membuat keputusan bebas sendiri mengenai masa depan ekonominya.

“Jangan kita membuang masa dan wakilkan kepada Kerajaan Sabah mana-mana kuasa relevan untuk membuat keputusan kewangan dan pelaburan,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebook.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Bung Moktar Radin baru-baru ini dipetik sebagai berkata bahawa kerajaan Persekutuan seharusnya memberi kuasa kepada kerajaan negeri untuk mengadakan hubungan ekonomi dengan Indonesia.

Bung memberitahu Dewan Rakyat bahawa Indonesia sedang membina lebuhraya di Kalimatan yang bakal menjadi ibu negara Indonesia pada masa akan datang.

Bung berkata Putrajaya kelihatan tidak menyedari apa yang Indonesia sedang lakukan dan tidak melakukan apa-apa untuk memanfaatkan faedah ekonomi daripada langkah Indonesia memindahkan ibu negara, terutama Sabah dan Sarawak.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles