Tarikh Kuatkuasa Pekerja, Pelanggan wajib lengkap vaksin masuk restoran, pasaraya ditangguh ke 21 Sept – Masidi

KOTA KINABALU: Tarikh penguatkuasan peraturan yang mewajibkan semua pekerja dan pelanggan lengkap vaksin untuk semua sektor perdagangan dan pengedaran, restoran serta pasaraya di Sabah dianjakkan ke 21 September ini.

Advertisements

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, ini kerana tahap vaksinasi seluruh negeri Sabah sehingga hari ini baru mencapai 52 peratus populasi dewasa.

“Maka tarikh kuatkuasa ini dianjakkan daripada 15 September ke 21 September 2021, yakni tarikh sasaran Sabah mencapai tahap vaksinasi 60 peratus,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Masidi berkata, terdapat kelambatan para pekerja di sektor perdagangan dan pengedaran, restoran serta pasaraya untuk menerima dos kedua, khususnya jenis vaksin Astra-Zeneca.

“Oleh yang demikian, para majikan boleh memohon pengecualian sementara. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan menyenaraikan nama kakitangan mereka yang terlibat, tarikh pengambilan dos pertama dan jadual tarikh pengambilan dos kedua,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles